BERSUNGGUH-SUNGGUH JANGAN CUMA GAYA

BERSUNGGUH-SUNGGUH JANGAN CUMA GAYA | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. USAHA, DOA DAN TAWAKAL. LETAK DALAM SATU WADAH.. WADAH BERSUNGGUH-SUNGGUH.

Bila usaha tu.. usaha bersungguh-sungguh. Walau usaha tu orang tak tahu dan tak nampak. Atau kita buat diam-diam je. Tapi bersungguh-sungguhlah. InshaAllah tak sia-sia. Aamiin. Tapi tak semua usahalah. Kena beza mana usaha yang baik. Mana yang tidak tau.. tau.. tau. 

Bersungguh-sungguh masa berdoa. Bicara hamba dengan Pencipta ketika ibadah. Ketika berdoa. Tak kiralah masa berdoa guna bahasa apa. Allah swt kan faham. Mintak je. Bersungguh doa yang baik-baik. Untuk diri sendiri dan untuk orang lain juga. Kalau rasa tak best dengan orang kerana orang buat kita.. doa la supaya Allah lindungi kita dan sedarkan orang tu dengan caraNya yang tersendiri. 

Tawakal pun kena sungguh-sungguh juga ke. Yalah kalau boleh. Usahakan boleh. Sebab yang ni kadang PC pun fail juga. Sebab tawakal ni kita serah dan berserah pada Allah sepenuhnya.. kadang PC kurang rasa yakin pada diri. Tu yang salah. Tawakal sungguh-sungguh tapi kurang yakin pada diri pun tak ngam juga. Ya Allah. 

BERSUNGGUH-SUNGGUH JANGAN CUMA GAYA. Pada kata-kata. Pada niat. Pada hati. Pada tindakan. Semua kena sungguh-sungguh. Sungguh-sungguh buat bukan menang gaya. Bila menang gaya nanti orang meluat tengok. Pun malas juga orang nak layan bila gaya yang terlebih. Ada jugakan yang tetap bersungguh-sungguh tapi gaya je. Ermmm.

NOTA PC  : kerana Allah 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama