CUACA TAK BOLEH BAWA GURAU

CUACA TAK BOLEH BAWA GURAU | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. MEMANG. SANA SINI SITU. PERGILAH MANA PUN. Akan keluar daripada mulut.. "panas bukan main sekarang".. "tak tahan panas sangat-sangat".. gitulah lazimnya. 
.

Orang lain PC tak pasti. Tapi bagi PC cuaca berubah mendadak selepas covid-19 
melanda. Selesai covid-19 cuaca berubah mendadak. Mungkin ada bahasa saintifiknya. Mungkin ada bahasa kajiannya. Atau mungkin lapisan ozon semakin menipis. Satu yang PASTI... ujian untuk umat akhir zaman. Panas dunia gini. Tak tahan kita. Bayangkan api neraka. Memang tak terbayang. Tak sanggup!!??!?

Bila panas. Mood mudah ke laut. Memang mudah emosi. Hadoi la. Penyabar boleh jadi pemarah. Tu kerja nak lesing orang je tak kira masa. Bahaya. Kadang mudah naik angin. Tak kurang yang lepaskan angin. Lagi la buat orang lain berangin.

Kalau ada yang kata, apa sangatlah panas dunia.. eh, sila fikir baik-baik.  Dengan izin Allah dah berapa ramai yang tewas, tewas dengan panasnya perubahan cuaca. Jangan ingat demam itu cuma biasa-biasa je. Punca cuma demam, cuma batuk, cuma selesema.. tapi berhujung KEMATIAN. FAHAM TAK. YANG "CUMA" itu jangan pandang kecil dan ringan.

Tolong ya.. tolong sangat-sangat. CUACA TAK BOLEH BAWA GURAU.

NOTA PC  : seram sejuk rasa badan
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Betul tu PC, cuaca sekarang memang panas tak boleh tahan. Kak Sue tengok balik memori kat FB memang waktu sekarang nie akan datang cuaca panas..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama