HASIL PANCING SELEPAS BANJIR | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. BEBERAPA BULAN LEPAS BANJIR TERUK. BANYAK kawasan di daerah Negeri Johor terlibat dengan banjir. Bila banjir banyak aktiviti tergendala. Termasuklan memancing. Lepas banjir dah surut pun tetap tak boleh mancing lagi. Air bercampur. Ikan mabuk kepayang. Ikan pun terkejut. Mabuk dia.
Abah mertua PC and the geng pitam jugalah tak dapat mancing ikan puyu. Tapi sekarang ni alhamdulillah. Air cantik. Dan lebih buat teruja tu.. Ikan bertambah banyak.. saiznya pun besar-besar juga. Rezeki lepas banjir. Berkat sabar. Alhamdulillah.
Orang kampung PC pun ada kaki pancing juga. Pembury ikan puyu dan ikan haruan. Fuhh memang berhantulah. Siap dijual dan memang ada permintaan. Sekilo RM20. Kalau siap siang sekilo RM25. Upah siang tu RM5. Haa gitu. Tapi yang paling ramai orang cari biasanya ikan haruan segar. Lebih-lebih lagi wanita lepas bersalin.
Lain tempat lain ikannya. Lain orang lain cara atau skills memancingnya. Tak kiralah tak banjir. Lepas banjir. Di mana pun. Masing-masing ada rahsia tersendiri. Berbalik juga pada yang asal iaitu rezeki. Macam juga nelayan yang turun ke laut. Rezeki tak sama. Macam tu jugalah mancing.
Apa pun yang dilakukan.. JANGAN ABAIKAN TANGGUNGJAWAB pada hak Allah swt. Kalau tak sia-sia apa yang diperolehi.
NOTA PC : sesekali selera juga makan ikan puyu ni
Tags:
Santai Peribadi
Buat pekasam ikan puyu tu sedapnya PC :)
BalasPadamSy tak pernah makan ikan puyu. Kalau sekilo tu, tentu byk kan, sbb ikan puyu jarang besar2 sgt.
BalasPadammacam mana rasanya ikan puyu yer.. insyaAllah nanti nak rasa...heeeheh...
BalasPadam