INDAH PADA WAKTUNYA

INDAH PADA WAKTUNYA | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. JUMAAT DI BULAN SYAWAL. Lain ke hari Jumaat dibulan Syawal dengan hari Jumaat dibulan-bulan yang lain. Sebenarnya setiap detik ada perbezaannya. Tak sama. Diri kita sendiri pun setiap hari ada berlaku perbezaan. Perasan tak?

Salam Jumaat semua. Panas semakin membahang. Di dunia. Panas gini dah tak tertahan rasanya. Boleh bayangkan tak nanti di akhirat. Allahuakbar. Tu yang bila sembang dengan babah, "kita kena kerja keras Jua.. kumpul pahala banyak-banyak, nanti boleh ditebus dengan air-condition..".. hehehe. Aamiin.

INDAH pada waktunya. Setiap kita akan merasai nikmat  dan rasa indah dalam hidupnya. Tak kisahlah dalam hal apa pun itu. Allah tak kejam dengan kita. Sesusah apa pun kita. Akan ada indah yang dikecapi. Walau sedikit.

Sedikit, disyukuri, indah bersyukur tu pun boleh dirasai. Tak percaya cubalah. Manis. Lagilah hari Jumaat.  Hari mewah keberkatan. Aamiin. 

Petang dah. Kain diampaian bukan main kering macam keropok. Hehe. Panas berwap. Fuhhh. Ada  pulak yang rajin bakar sampah. Ingat ada jin keluar daripada teko. Hehe. RUPA-RUPANYA... ermmm.

NOTA PC  : tak hujan pulak hari ni.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Di kawasan rumah sy ada juga jiran yg rajin bakar daun kering waktu petang. Harap PC sempat angkat kain di ampaian, risau nanti bau macam keropok hangus pulak 😆

    BalasPadam
  2. Seronok mendobi bila cuaca panas macam nie kan PC..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama