JANGAN KUMPUL SIMPAN LAMA-LAMA

JANGAN KUMPUL SIMPAN LAMA-LAMA | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Hihi. KUMPUL BAGUS. TAPI KENA JELAS KUMPUL APA DULU TU. HAAA. Jangan sembarang kumpul.

Kumpul harta bagus. Tak bagus bila kumpul punya kumpul sampai jadi sombong. Kedekut. Ha, kan tak bagus tu. Tapi kalau bila harta dah banyak, semakin taat pada Allah. Semakin pemurah dan rendah hati, itu mantap.. memang A la.

JANGAN KUMPUL SIMPAN LAMA-LAMA

Tapi kali ni PC tertarik sangat dengan satu hal atau isu ni.. yang rasanya ramai orang lakukan, rasai dan terpaksa tanggung. KUMPUL DAN SIMPAN MASALAH. Ada tak. Pernah berlaku tak. Ermmmm. Sebenarnya awalnya kecik je. Sikit je. Tapi kerana dikumpul. Disimpan jadi lain. Jadi lebih besar. Lebih parah. Lebih menyusahkan.

Tak perlu pergi jauh, kadang PC sendiri hadapi. Buat juga. Sebab rasa boleh handle sendiri masalah. Boleh atasi sendiri. Boleh itu ini. Malas nak share tapi bila bertimpa-timpa, hujungnya jadi lain pulaknya. Masalah ni macam api juga.. kecil kawan.. ok je, tapi bila bertalu-talu,  akan jadi masalah besar buat kepala serabut.

Masalah dalam hidup ni bermula daripada masalah kecil yang awalnya kita anggap remeh dan ringan sangat-sangat. Macam tong sampah, bila asyik diisi dengan sampah banyak-banyak tentu melimpah dan baunya akan ke mana-mana.

Begitulah kalau kumpul dan simpan lama-lama MASALAH. Ada masalah selesaikan perlahan-lahan hingga selesai. InshaAllah boleh.

NOTA PC  : masalah menjadikan kita lebih banyak belajar 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Ramai suka pendam masalah. Tak sangka ek bila dipendam ia menjadi semakin besar.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama