JANGAN MAKAN GULANYA MAKAN BISKUTNYA JE | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. MEMANG ITULAH PESAN MAMA bila belikan biskut ni untuk PC. Mama akan isi dalam mangkuk. Lagi satu mangkuk untuk isi gulanya. Biskutnya masuk mulut. Gulanya PC kena isi dalam mangkuk lagi satu yang mama sediakan. Nasib.. nasib.. hahahaha.
Bila makan gulanya apa akan terjadi?. Haaa, kena tunggu lama lagi la baharu mama belikan lagi. PC tau mama beli cuma mama simpan je. Kikikikiki. Elehhh, macam la kita tak tau simpan kat mana.
Sampai sekarang masih ada biskut ni. Sekarang, anak-anak buah ke.. anak sedara ke, kalau makan.. yang dibedal gulanya. Biskutnya tu sepah sana sini. Hahaha. Bijak sungguh la. Lepas tu ngaruk nangis kata sakit gigi. Ermmmm kan dah nasihat tadi.
Dulu murah je. Sekarang berganda harganya. En suami pergi belanja, beli sikit. PC tetap tak makan gulanya tu. Makan biskutnya je. Terus teringat mama. Ya ma.. mama dah tak ada, pesan mama jua ingat dan ikut. Untuk kebaikan kan ma. Aamiin.
JANGAN MAKAN GULANYA MAKAN BISKUTNYA JE .. Cuba cakap dengan anak-anak gitu. Agaknya apa yang dilakukan. Mahu tantrum setengah hari. Pulak tengok gulanya warna warni. Menawan sungguh la kan. Ya Allah. Sabar je laaah. Biskutnya memang agak tawar. Alah bisa tegal biasa. InshaAllah.
NOTA PC : klasik
Tags:
Santai Peribadi
Biskut legend ni
BalasPadamGulanya tu yang jadi penarik