JUMAAT YANG PANAS TERIK

JUMAAT YANG PANAS TERIK | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. JUMAAT MALAM SABTU dah. Kejap je. Rasa bahangnya sampai ke malam ni ha. Air paip malam pun rasa panas. Bukan hangat..  tapi panas la. Alhamdulillah. Syukur.


Setiap hari panas terik. Sungguh. Setiap jumaat pun memang panas juga. Cuma tadi petang ada hujan sikit. Nak kata hujan pun tak juga. Gerimis halus je. Alhamdulillah. Kadang awal pagi baharu hujan lebat turun. Haaa siap guruh sekali Allah beri. Syukur.

Panas terik macam mana pun tetap pergi masjid tau kaum Adam. Kecualilah ada masalah ke. Masalah kesihatan ke. Kata abah dengan en suami, aircond kat masjid tak rasa sejuknya. Babah pun cakap juga.. aircond tak rasa kat masjid ke.. kat surau ke. Hehehehe. Dugaan sungguh la. Aircond tak rasa sejuk.. minyak wangi beraneka bau semerbak bukan main. Gitu. 

Macam-macam perangai ada kat masjid. Lagi musim panas terik ni. Ada pelbagai telatah. Tengok jelah. Tu yang kata babah... "tak mustahil nanti lama-lama setiap depan sejadah ada mini kipas angin.. bawak dari rumah sendiri-sendiri".. Hahaha.. adoii.

Panas terik. Dijangka hingga bulan September. Jaga diri semua. Usahalah lindungan diri. Selebihnya serah pada Allah swt.

NOTA PC  : ada yang masih beraya..

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama