KENAPA JARANG SANGAT UCAP SELAMAT HARI IBU

KENAPA JARANG SANGAT UCAP SELAMAT HARI IBU | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. HARI ISTIMEWA SEORANG IBU. HARI DIRAIKAN KHAS DAN "LEBIH SEDIKIT" berbanding hari-hari yang lain.

Berbanding hari ibu.. PC lebih berat meraikan hari kelahiran. Entah tak tahu kenapa. Dari PC kecil, kira umur yang dah faham dan dah pandai wish birthday, memang PC sangat jarang tak wish birthday mama dan babah. Bila dah kawin tambah la en suami dan mertua.

Jujur.. kalau hari ibu ni  JARANG SANGAT UCAP SELAMAT HARI IBU pada mama. Pernah mama tanya. Mama tengok kat tv. Hari ibu.. mama tanya.. " jua jarang ucap hari ibu pada mama.. tapi bila hari lahir mama sanggup telefon malam-malam semata-mata nak ucap.. tak terkurang dari dulu".

Ulangtahun setahun sekali. Hari ibu pun setahun sekali. Sama setahun sekali. Motifnya, menghargai. Cuma ada pengertian yang berbeza.

 "Jua nak sayang mama, hargai mama hari-hari.. setiap hari istimewa untuk mama. Dari hari pertama mama berjuang lahirkan jua. Mama dapat hari istimewa tu. Berbanding hari lahir.. jua tak pernah tahu setakat mana umur kita ma. Umur mama, umur jua, umur babah.. mengenang tarikh nenek lahirkan mama. Tentu ada kisahnya. Angka yang semakin bertambah tapi kadar hayat yang semakin berkurang".

Mama faham dan selepas tu tak tanya lagi dah. Sekarang, mama dah tak ada. Tetap PC ternanti-nanti ulangtahun kelahiran mama. Sama macam masa mama masih ada. Cuma cara merikannya berbeza.

NOTA PC : 2022. 8 syawal. Hari ibu. Mama kembali ke alam abadi.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama