KOMPANG PENGANTIN BERHANTU | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. MACAM BIASA CUACA TERSANGAT CANTIK. ALHAMDULILLAH. Masih mood syawal. Semakin rancak undangan majlis petkahwinan sana sini. Syukur. Selamat bersama-sama melayari bahtera rumahtangga.
Bawa mertua memenuhi undangan. Rumah sepupu mak. Makcik saudara kamilah pangkatnya. Awal-awal abah dah cakap.. pesan la lebih tepatnya.. makan terus gerak. Panas terik.. orang ramai. Kurang selesa nanti berasak-asak.
Tetamu tak berasak-asak tapi sentiasa ada. Meja penuh je. Keluarga berkumpul dan bersepah bawah pokok kepanasan. Oiiiii. Berkicap berminyak ber ber ber.. sabo jelah.
Pengantin sedang bersiap. Nak tunggu macam tak larat. Budak-budak silat dah siap sedia tengah panas terik tu ha. Walau pentasnya ke gelanggang buatannya bawah pepohon pokok yang rimbun. Tetap bahang oii.
Siap makan. Abah ajak balik. Taklah cuci tangan terus balik. Duduk dulu sekejap. Sembang sikit. Haa jumpa tuan rumah.. salam-salam.. gerak. Abah kata bahaya kalau tunggu pengantin. Kompang pengantin berhantu. Biar betul.
Betul juga. Kalau dengar kompang pengantin kaki mesti goyang. Syok woooo. Bukan kaki je goyang.. lutut.. merebak ke badan juga. Hahaha. Lagilah kalau ada lagu yang best. Memang paduuuuuu!!. Risau lapar semula pulak.
Tetamu makin bertambah. Maka bergeraklah kami. Seronok jumpa saudara mara. InshaAllah ada masa, Allah izin.. kita jumpa lagi nanti. Aamiin.
NOTA PC : setakat ni ada 1 hingga 2 undangan majlis perkahwinan
Tags:
Santai Peribadi
Hahahaha.. sy suka sgt dgr kompang, berhantu betul!
BalasPadam