SABAR TUNGGU TAK SABAR ANGKAT BAKUL

SABAR TUNGGU TAK SABAR  ANGKAT BAKUL | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. CABARAN SAAT BULAN SYAWAL. KESESAKAN LALU LINTAS. KEMALASAN MELAMPAU NAK BASUH PAKAIAN. Fuh. Lagi bila sekarang belah petang hujan.


Menjerit mesin basuh oii. Bukan satu keluarga. Banyak keluarga. Pulak dalam satu keluarga ramai. Haaa fikir-fikirlah sendiri. Masa. Tenaga. Kos yang bakal ditinggalkan. Lebih menguji kesabaran bila air kecil.. tu rezeki.. kalau rezekinya air terus tak keluar.. peluh yang keluar basah satu badan.

Maka pergilah mana-mana kedai dobi berhampiran yang  menawarkan perkhidmatan. Bila ke dobi.. kena buat persediaan mental dan emosi juga. Kalau tak semua bintang dalam dan luar zoo disebutnya. Ya Allah. Bawa istighfar la banyak-banyak.

Jangan terkejut berjam-jam habiskan masa tunggu giliran. Lagi sedih, pakaian orang dah selesai.. tuannya ghaib ntah ke mana. Hoiiiii. Jangan jadi punca. Kadang 6.30 pagi dah angkut bakul berisi pakaian kotor berbakul-bakul.

Ada la sekali dua kami batalkan NIAT nak mendobi. Gigih cari tempat lain. Pusing sana sini. Bila dapat lega. Lepas tu bagitau adik-adik di rumah. Memang gitu. Sapa keluar dulu, yang kat rumah tunggu je. Huhuhu. Nak kirim-kirim malu. Biasalah. Faham...

SABAR TUNGGU TAK SABAR  ANGKAT BAKUL bila ada NIAT nak basuh pakaian di mana-mana tempat mendobi yang ada.

NOTA PC  : balik terus lipat
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Aduh, ni masalah pasal takde air ke PC? Mmg geram kalau ada mesin di dobi yg dah siap cuci atau kering, tapi tuannya ghaib.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama