SI GEMUK JADI SASARAN | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. MEMANG BIASANYA JADI SASARAN HINAAN, SINDIRAN. KATANYA GURAU JE. TAPI.. GURAU KASAR. Gemuk. Obesiti. Rasanya setiap negara ada alami masalah seperti ini segelintir rakyatnya.
PC kecil sampailah sekarang ni.. pandangan orang kepada orang gemuk sinis sangat. Gemuk mudah ada penyakit. Mati cepat. Kalau gemuk itu ini, begitu begini. Aduh pening kepala. Memang jadi sasaran jelah kalau gemuk ni. Kat mana-mana gitulah.
Dulu jumpa kurus. Jumpa lagi dah gemuk. Ermmmm menjawab lah kau. Gemuk jadi isu. Lebih tepat dijadikan isu. Jujurnya, ya memang daripada gemuk menimbulkan masalah kesihatan yang lain. Betul. PC pun tak menafikan.. tapi
Ramai juga yang bertubuh besar dan gemuk sihat saja. Kadang tu macam tak percaya. Sihat dan tetap amalkan gaya hidup sihat sentiasa selagi boleh. Boleh jadi dia gemuk kerana genetik.
Jangan lupa. Yang kurus pun tidak terkecuali menanggung risiko pelbagai sakit dan penyakit ya. Macam tak percayakan. Tapi itulah hakikatnya. Malahan lebih kritikal dan menyedihkan.
NOTA PC : meniti usia
Tags:
Santai Peribadi
betul tu , yang utama jaga kesihatan dan doa pada Allah swt.. semoga kita semua bukan dikalangan mereka yang banyak penyesalan nya di dunia ini... aamiin
BalasPadam