ADA BUAH NONA WARNA UNGU PC JAKUN

ADA BUAH NONA WARNA UNGU PC JAKUN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. TERUJA!. BARANGKALI BAHARU PERTAMA KALI tengok dan tahu juga. Maka en suami pun membelinya. Awal pagi en suami pergilah belanja. Nak beri keperluan dapur katanya. Barang basah. Ha memang rutin. PC cakap, pergilah.. hati-hati. PC sambung buat kerja rumah. Sambil bebel dengan anak bulu. Gurau tak kira masa. Rabak dah alas meja. Ya Allah. 

Bukan cuma belanja, ada urusan lain juga en suami keluar tu. Ha yalah. Sejam lebih jugalah en suami keluar. Balik!!. Belum matikan enjin motor, dia jerit-jerit panggil PC. PC memang tak boleh. Cepat cemas. Macam nak tanggal jantung. Kencang. Lari la PC meluru ke pintu.

En suami tunjukan sesuatu. Bendanya tu tak nampak sangat. Dalam plastik kan. PC yang rabun ni pun fikir alah saja je nak gurau en suami ni. Sebab selalu gitu. Bila PC tanya, en suami suruh teka. Hahaha. Orang sibuk nak spin pakaian ni.. ada je. Pulak mendung. Allahuakbar. 

Sekali tengok, buah nona tapi warna ungu. Ok, PC sedar diri jakun. Terbelek-belek gituu. Rupa-rupanya en suami pun baharu pertama kali jumpa dan tengok. Patutlah bersungguh beli. Nak tunjuk PC, nak rasa juga macam mana rasanya. Sama dengan buah nona biasa ke..  atau.. .

Lebih. Lebih lemak. Lebih sedap rasanya berbanding yang hijau. Bukan yang hijau tak sedap. Sedap la. Mungkin ni pertama kali PC rasa.. tu yang boleh bezakan sikitlah. Sambil makan sambil rasa kagum. Rezeki. Kekuasaan Allah swt. Alhamdulillah. Ada bijinya tu, ingat nak semailah. Mudah-mudahan nak tumbuh. Nanti boleh tanam. Aamiin. InsyaAllah. 

NOTA PC  : konon nak tunjuk babah.. rupanya babah memang dah tau ada nona ungu.. kat rumah arwah nyaie ada pokoknya.. PC je yang tak tau.. hurmmmm
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. pernah juga kak ana jumpa PC tapi tak pernah rasa. Buah nona ni sedap kan lemak manis je rasanya

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama