BILA DAH MULA ADA RASA BOSAN

BILA DAH MULA ADA RASA BOSAN | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. ADA BAGUS DAN TIDAK BAGUSNYA. RASA BOSAN.

Lihat pada situasi dan alasan untuk berasa bosan. Kenapa. Apa alasannya. Perlu atau sebaliknya. BILA DAH MULA ADA RASA BOSAN pada perkara yang tidak baik atau memang perkara tu Allah pun tak suka.. ha alhamdulillah sangat-sangat la tu. Bersyukur sangat-sangat. Itu tandanya Allah swt beri peluang dan masih mahu selamatkan kita dunia akhirat. Aamiin.

Paling bahaya  BILA DAH MULA ADA RASA BOSAN pada perkara yang baik dan memang Allah swt suka akan hal itu. Memang bahaya. Nanti kita semakin hanyut. Nanti kita semakin jauh daripada rahmat Allah swt.  Kalau di dunia dah jauh.. agaknya macam mana di SANA kelak. Nauzubillah.

BILA DAH MULA ADA RASA BOSAN.. ada yang boleh dilayan. Ada yang mesti dilawan. Maksudnya, bila bosan pada perkara tak baik.. ok, ikutkan. Tapi kalau bosan pada perkara baik, lawan hasutan syaitan. Jangan diri jadi lebih hina daripada syaitan atau iblis. Fuhhh. Tak mudah juga kan akhir zaman ni.

Wahai Allah,  tawarkan hati ini untuk terus seronok menikmati dunia sementara yang menghanyutkan. Kukuhkan takwa dihati hambaMU untuk mencari dan melakukan sebanyak-banyaknya kebaikan yang mengundang rahmatMU. Aamiin. 

NOTA PC  : jangan pilih daging busuk

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama