BOSAN SANGAT MELANDA

BOSAN SANGAT MELANDA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. TIDAK SELALU PANAS. Tentu ada hujan. Panas pun ada tahapnya. Panas biasa. Panas terik. Macam tu jugalah hujan. Kadang hujan renyai-renyai je. Kadang hujan ribut petir. Panas dan hujan ni, ibaratnyalah. Sebenarnya PC nak sampaikan..

Dalam hidup kita ni tak sentiasa gembira. Ada masa sibuk sangat. Rasa nak nangis pun ada. Letih sangat. Mencungap rasa. Mulalah malas nak ke mana-mana. Kadang macam eh, relax sangat sampai tahap risaulah pulak. Toleh kanan kiri.. semua kerja rumah dah siap. Haaa. Gitu. Dan tak dinafikan ada ketikanya timbul rasa 'bosan'. Bosan sangat-sangat!!.

Pernah rasa tak atau lalui timbul rasa bosan. Bosan dengan hal yang selalu dilakukan. Nak cuba sesuatu yang baharu. Yang lain daripada rutin atau kebiasaan. Bukan yang pelik-pelik pun. Nak cuba hal atau aktiviti yang belum pernah cuba. Macam-macam dalam fikiran PC. Boleh PC terfikir nak belajar buat lepat pulut tu. Sebab rindu sangat nak makan lepat pulut arwah nyaie buat. Adoiii. 

Babah cakap, ada baiknya bosan.. nanti muncullah idea itu ini. Rajin itu ini. Syaratnya jangan terfikir nak buat hal mengarut. Sebab dulu PC pernah pakaikan  inai kat kuku kucing. Mesti babah fobia. Itu dulu. Beberapa waktu yang dahulu. Cewah. Wekk. 

Bosan sangat melanda. Boleh buat orang menjadi bukan dirinya yang sebenar. Bahaya, namun itu yang ada terjadi disekitar kita. Pelik pada kita tapi tidak pada pelaku. Ada yang daripada rasa bosan itu digarap menjadi sesuatu yang berhasil. Bosan dengan kebiasaan. Mencari dan mulakan sesuatu yang lebih bermanfaat. Berjaya!!!!. Alhamdulillah. 

Wujud rasa bosan pada diri itu bukan aneh. Asal jangan bosan taat padaNya. Itu kejam.

NOTA PC  : bila nak bosan ngata orang ya.. ermmmm
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama