BUKAN CUMA HARI INI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. HATI-HATI. Ya, bukan cuma hari ini. Kena ingat betul-betul. Peringatan untuk diri sendiri juga ni.
Allah izin kita hidup. Lahir ke dunia yang mewah nikmat dan liku ini bukan cuma suka-suka. Tentu ada sebabnya. Pasti!.Menggalas tanggungjawab sebagai hambaNya, bukan mudah. Amal yang baik. Tinggal yang mungkar. Sumpah!. Cakap memang senang. Tapi nak buat tu.. fuh.. lebih baik jangan sombong. Lagi-lagi dihari Jumaat ni.
Betul. Nak selamat, tolong jangan sombong. Tak kiralah sombong dengan perbuatan atau sombong waktu bercakap. Kena ingat ni. Kenapa!!?!. Kesannya BUKAN CUMA HARI INI ya. Sampai nanti di Mahsyar ya. Mati pasti. Bawah titian siratulmustakim.. sepanas-panasnya api neraka marak menyala. Menanti siapa yang bakal menjadi bahan bakarannya.
Bukan cuma hari ini cerita dan akibatnya. Ditambah jejak digital yang bukan-bukan. Hingga terkadang diluar nalar manusia membayangkannya. Bahaya tak?. TENTU SAHAJA berbahaya. Hidup ada garis waktunya. Bukan cuma hari ini kita berbicara kemudian hilang dilupakan.
Kadangkala seperti tidak ada apa ertinya tetapi diulas semula bila tiba waktunya. Boleh jadi bukan daripada mulut kita tapi daripada mulut insan tulus atau serampang bermata dua. Semua berusaha mempertahan. Walau mungkin yang sedang dipertahankan istana pasir. Indahnya seperti apa pun, dihempas ombak akan binasa juga. Sepuitis apa kata per kata diguna untuk menutupi khilaf, khilaf tetap khilaf. Seburuk apa kata per kata diguna untuk mencela kebaikan dan kebenaran.. yang benar tetap bersinar.
NOTA PC : serahkan semua padaNya
Tags:
Santai Peribadi