IBU BAPA KEMUDIAN BAHARULAH LAIN-LAINNYA

IBU BAPA KEMUDIAN BAHARULAH LAIN-LAINNYA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. PC dah banyak kali tanya mama babah. Emak abah. Selalu jugalah tanya bila balik kampung duduk santai sambil sarapan pagi atau minum petang. ''Susah tak jadi ibu bapa''. Walau tanya di waktu berasingan. Dalam situasi berasingan. Mama babah. Emak abah. Dan jawapam mereka sama. ''Ada senang dan mudahnya tapi ada susahnya juga". 

Bila waktu senang dan mudahnya?
Bila anak mahu mendengar kata dan arahan tanpa banyak persoalan. Tidak banyak karenah begitu begini. Taat pada agama. Bila anak boleh taat dengan agama semua urusan yang lain akan jadi senang dan mudah. Ibu bapa pun mudah nak atur dan nasihati. Kalau anak tu buat salah pun, atau lakukan kesalahan pun mudah ditegur. Mudah terima teguran. 

Ada tak anak begitu?. Ada. 

Tapi.

Mama babah emak abah manusia biasa. Anak-anak pun manusia biasa yang lari dan tidak lepas daripada buat khilaf baik dengan Allah atau sama-sama orang lain. Jadi tentulah ada susahnya. Susah ni bukan maksudnya membebankan. Sebab jangan kata anak kecil, orang tua yang dah bongkok pun ada karenahnya sendiri. Ada ragamnya.

Jadi.

Bila waktu susahnya?

IBU BAPA KEMUDIAN BAHARULAH LAIN-LAINNYA

Bila anak dah pandai mempersoalkan dan bertanya diluar jangkaan, lebih susah bila lebih percaya kawan-kawan berbanding ibu bapa, lebih suka habiskan masa dengan kawan-kawan berbanding ibu bapa dan nanti susahnya bila sudah di akhirat. Nak jawab depan Tuhan. Kadang bab lain lepas. Sangkut pulak bab anak. Kadang bab anak lepas tejebak pulak urusan lain. Sebab kat dunia kan kita banyak buat perkara itu ini.

PC termenung. PC berfikir. PC diam.

Adakah wajar untuk sentiasa salahkan ibu bapa bila anak bermasalah. Hati memberi dua jawapan. Ya dan tidak. Ya kerana tangan pertama yang mengasuh anak-anak adalah ibu bapa. Madrasah pertama anak-anak adalah ibu bapanya. Tidak bila anak kian meniti usia terkadang melupakan ajaran kebaikkan yang diajar oleh ibu bapanya lantaran terpengaruh dengan anasir negatif daripada luar.

Habis tu bagaimana.

Ibu bapa lunaskan tanggungjawab. Tapi jangan sampai terlupa dan terlepas minta campurtangan Allah swt untuk mengasuh anak-anak hingga hujung nyawa. Dan anak-anak sendiri pun, walau sudah semakin dewasa jangan berasa sudah cukup tahu semua perkara. Setinggi mana pun taraf pendidikan awak, kedudukan jawatan awak, anak tetap anak. Ya. Anak tetap anak.

NOTA PCIBU BAPA KEMUDIAN BAHARULAH LAIN-LAINNYA 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama