JANJI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. JANJI TAU. JANJI!!. Dari kecil sampailah sekarang rasanya tidak terhitung janji yang diberi. Janji dengan orang. Janji dengan diri sendiri. Apatah lagi janji dengan Allah swt. Bersungguh-sungguh.
Janji. Mudah diluah. Mudah dilisankan. Mudah ditabur bak gula bergudang-gudang. Mana ada janji sepahit hempedu. Tentulah janji semanis gula. Yang selalu pahit bila janji dimungkiri. Sesiapa sahaja boleh mengukir janji. Tapi, tidak setiap orang mampu melunaskan janji-janji yang diberi.
Kalau berjanji jangan mungkiri. Tolong. Ada hukum yang bakal ditanggung hingga mati. Kalau rasa-rasa tidak mampu menunai janji lebih baik berdiam diri bebas janji. Selamat di SINI berbahagia di SANA. DALAM JANJI.. ada ikrar, ada sumpah, ada keterikatan batin. Bukan cuma sesama insan dan makhluk.. lebih besar dengan Tuhan yang MAHA. Ingat-ingatlah sentiasa. Fikir-fikirkan sedalamnya.
Jangan terbiasa menabur janji. Lebih baik biasakan diri melakukan tanpa perjanjian. Lebih baik. Lebih selamat. Lebih disukai. Pedih bila janji dituntut. Lebih pedih bila janji hujungnya menjadi musibah pada diri. Tak semua mudah lupa dengan apa yang dijanji-janjikan. Justeru fikir dan nilai diri sendiri terlebih dahulu.
Janji. Biar pecah diperut jangan pecah dimulut. Tapi kenapa boleh meletop letop?. Satu, mungkir janji untuk jujur dan amanah. Ini contohnya saja. Tapi inilah yang banyak terjadi.
NOTA PC : JANJI ALLAH pasti
Tags:
Santai Peribadi
Kalau berjanji kena tepatilah
BalasPadam