JUN 2023 | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. SELAMAT TINGGAL MEI. Alhamdulillah. Selesai lagi 31 hari dibulan Mei. Tentu sahaja tidak kosong, ada saja kisah dan warna warni sepanjang Mei yang lepas kan.
Helaian baharu. Halaman keenam daripada dua belas halaman tahun masihi. Setengah tahun dah kita berada ditahun 2023. Ada yang mula visi miss baharu. Ada yang sedang menjalani sahaja.
Untuk bulan Jun ni, PC masih ada satu lagi undangan walimatulurus. Alhamdulillah. Tapi akan datang tak tahulah. Cuma bila dah balik ke JDT ni.. kekok juga majlis hari Jumaat dan Sabtu. Maklumlah baharu beberapa bulan kat kampung kan. Selalu majlis Sabtu dan Ahad. Hihihihi.
Bulan Jun tahun ni hari lahir mama dan Aidil Adha jatuh pada tarikh dan hari yang sama. Allahu. Tentu mama happy. Hari lahirnya bergema takbir seluruh alam. Ibadah korban sana sini. Allahu. Allahu. Allahu. Harap sangat-sangat mama sangat bahagia di SANA.
Enam bulan. Ada yang rasa singkat. Ada yang rasa lambat berlalu. Rasa dan perasaan masing-masing la. Tak kiralah asal apa yang dipinjamkan olehNya pada kita, kita hargai dan syukuri sentiasa okay. Aamiin.
NOTA PC : terasa nak makan bubur kacang hijau la pulak
Tags:
Santai Peribadi