LEBIH PEDAS MULUT MANUSIA

LEBIH PEDAS MULUT MANUSIA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. Hihi. BETUL KE?. BETUL KE LEBIH PEDAS MULUT MANUSIA?. Kalau tanya PC, jujur jawapannya YA, LEBIH PEDAS MULUT MANUSIA.

Makan pedas. Tak kisahlah jenis kuat pedas ke. Tak kuat pedas ke. Rasa serik makan pedas tu tak ada. Hari ni kepedasan.. esok lusa makan lagi. Hari ni makan pedas cirit birit.. baik cirit birit, ermmm bedal lagi yang lagi pedas. Sebab apa?. Nikmat makanan dan rasa pedas. Cuma sekali lalu.

Berbeza dengan pedasnya mulut manusia. Yang sebenarnya lebih pedas berganda berbanding cili terpedas di dunia. Kalau ada yang kata makan cili terpedas di dunia boleh bawa maut. Sudah berapa banyak yang mati angkara pedasnya mulut manusia ketika berkata-kata. 

Mati akal. Mati nafsu. Mati hati. Mati hilang nyawa. Banyak sangat-sangat. Boleh jadi kita sendiri pun sekarang sedang lalui atau alami rasa sakit hati angkara pedasnya mulut orang lain. Rasa sakit berpanjangan. Susah nak sembuh. Kalau berjaya lupakan tu memang rezeki dan besar nikmat lah tu. Aamiin.

Memang LEBIH PEDAS MULUT MANUSIA. Kalau tak kuat iman dan semangat, boleh jadi dendam dan bermusuhan sepanjang hayat. Tak semua orang mudah berlapang dada atau "ahh lantaklah kau". Kalau semua gitu, AMAN sentosa kita semua. Masalahnya tidak begitu hakikat hidup kita ni.

Pedasnya mulut manusia. Diam-diam mampu membunuh. Membunuh tidak berdarah tapi meragut pelbagai rasa dan situasi. Semua menjadi tawar. Hambar. Bubar. 

NOTA PC  : siap sedia dengan balasan Tuhan
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. laa nii lidah di zahirkan dalam bentuk tulisan dalam komen di media maya, sangat menakutkan bagaikan tiada audit akhirat ..

    BalasPadam
  2. ini pedas kat mulut je kalau mulut manusia pedas menusuk ke hati tau

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama