MAHU DAN TIDAK MAHU DIBUNGKUS MENJADI SATU | بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم .Assalammualaikum wbt. Aku mahu itu. Aku tidak mau ini. Tapi persamaannya antara kedua-duanya adalah semua daripada dan dengan izin Allah swt juga. Percayalah. Keinginan kita itu yang biasanya kita damba-dambakan. Bila tidak tertunai tentu sahaja ada rasa sedih, kecewa dan mungkin juga marah.
Apatah lagi pada hal atau perkara yang kita tidak mahu tetapi Allah beri juga. Itu lagi memeras rasa sabar, ikhlas dan terkadang merentap rasa bersangka baik kepadaNYA. Hakikat hidup yang terkadang kita tidak perasan ada melakukannya. Astarghfirullahalazim.
Macam kita naik basikal atau bawa motor. Walau kadang kita tahu dan nampak ada bahagian jalan yang rosak berlubang, namun ada ketikanya kita tetap langgar sahaja dan tidak sempat untuk mengelak. Ada yang kita mahu dan mampu kita lakukan. Ada yang kita mahu tapi tidak mampu untuk lakukan. Ada yang memang kita tidak mahu lakukan dan lalu pun tapi tetap sahaja mesti dan perlu dilakukan.
Contah bila kita tak sihat, kita tak sihat tapi kita tak mahu pergi klinik, sebab nanti kena makan ubat. Walaupun ubat itu tiada kuasa menyembuhkan tapi ubat itu adalah usaha dan perantara untuk menyihatkan daripada Allah swt.
Menjadi hamba-hambaNYA tersangat banyak mahu dan tidak mahunya kita mesti dibungkus menjadi satu. Lantaran kita ini hidup bukan cuma untuk menerima apa yang kita hajati tapi mesti menerima apa yang Tuhan telah atur dan tetapkan.
Bungkus semuanya menjadi satu. Pegang dan simpan baik-baik kerana semuanya itu bukan suatu yang sia-sia. Di dalamnya ada peringatan, nasihat, teguran, kasih sayang, sempadan dan pengalaman. Ada yang boleh dicontohkan maka contohkan. Mana yang mesti dihiris dan buang, maka lakukanlah.
Mahu dan tidak mahu ada komunikasi antara hamba dengan Pencipta melalui doa-doa. Sembanglah elok-elok. DIA kan MAHA MENDENGAR. Sekian.
NOTA PC : sabar dan reda
Tags:
Santai