PERSEDIAAN PERANG AWAL PAGI | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Hihi. PERSEDIAAN ITU PERLU. WALAU cuma sederhana atau sekadar biasa-biasa saja. Santai. Kalau sampai serabut otak pun tak seronok juga. Tak gitu. Ok jom. Jom ke mana?. Ke mana-mana ke?. Eh.
Sudah terbiasa. Rutinnya memang beginilah. Rasanya bukan cuma keluarga PC saja, semua orang akan buat persiapan atau persediaan awal. Lebih-lebih lagi bila ada majlis atau sambutan perayaan. Hari ni, hari Arafah. Jamaah haji akan memenuhi salah satu rukun haji iaitu wukuf di Arafah. 9 Zulhijah. Memperingati kisah Nabi Adam dan isterinya Hawa.
Itu kisah di tanah suci. Haramain. Kita di Malaysia akan sibuk dengan takbirnya. Ibadah korbannya. Masak memasak ketupat rendang. Ada juga yang tetap beli kuih muih raya macam Aidilfitri. Meriah. Saudara mara, anak cucu balik kampung.. penuh masjid dan surau solat sunat Aidiladha. Kesesakan jalan raya jangan cakap. Berasap punggung. Nak pergi kedai kampung sebelah pun fikir banyak kali. Ais laku keras oii.
Ketupat. Lepat. Dah tak asing setiap Aidilfitri dan Aidiladha. Memang biasa. Nasi baik, ada rezeki, ada juga lemang. Haaa. Keluarga PC biasa tiga menu ni. Ketupat. Ayam masak kari. Sambal goreng. Ada juga ubah masak kicap, masak merah, rendang, lodeh dan sebagainya. Cuma ini yang jadi kesukaan babah. Atas permintaan. Memang dari PC kecik sampai sekarang. Tak berubah. Kata babah, kari dengan sambal goreng ngam. Hahahaha.
Malam ni tidur awal. InsyaAllah esok bangun awal pagi jugalah. Sediakan bahan dan masak apa yang patut. Balik solat sunat raya boleh la babah dengan en suami makan Ketupat. Semoga Allah swt permudahkan. Aamiin. Kepada yang berpuasa.. selamat berbuka puasa ya.
NOTA PC : lembu menanti masa menjadi korban
Tags:
Santai Peribadi