RASA KECEWA | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. GEMBIRA BAHAGIA. SEDIH KECEWA. Perasaan kita ni ada naik turunnya. Ada warna warninya. Kadang atas. Kadang bawah. Kadang tengah-tengah. Lumrahnya begitu.
Rasanya tak ada siapa pun kalau ditanya, nak tak rasa kecewa?.. jawapannya tentu la tak nak!!!?!. Dalam pada kita tak nak. Nak elak.. tetap juga Allah beri. Allah izin berlaku pada kita kan.. betul tak?. Rasanyalah.. sepanjang hidup seumur hingga sekarang ni.. tak terhitung kita melalui rasa kecewa. Betul tak?. PC pun.
Bila diharap tidak jadi sebagaimana diharapkan. Bila yang dijangka terjadinya luar jangkaan. Bila impian musnah. Jauh meleset. Yang tak best berlaku tentu saja rasa kecewa itu wujud. " Kecewa bukan bererti tidak reda". Bukan bermakna tak bersyukur. Rasa kecewa ni memang ada dalam hati kita.
Bagi PC sendiri, tak salah ada rasa kecewa. PC sendiri ada rasa kecewa. Fitrah manusia ada rasa yang bermastautin dihati kita ni ha. Cuma rasa yang pelbagai tu, kita kena pandai-pandailah kemudi dengan baik dan betul. Jangan sampai melarat dan membinasakan diri sendiri. Menyusahkan orang lain pulak.
Kecewa dengan kegagalan, kesakitan, ujian atau musibah.. betul. Boleh. Tapi jangan sampai lupa "BERSYUKUR" dengan nikmat. Walau mungkin nikmat tu kecil dan sedikit je dicelah-celah sebab atau alasan rasa kecewa yang kita rasai. Allah boleh ubah nasib hambaNya dengan usaha, doa dan tawakal hambaNya. Tapi, jangan lupa dengan catatan qada qadar atau takdir yang telah Allah tetapkan.
NOTA PC : menjadi positif ketika rasa kecewa membelenggu diri tidak mudah.
Tags:
Santai Peribadi
Macam tu lah kita manusia. Tak boleh lari dari khilaf dan kecewa. Tapi itu yang mendewasakan.
BalasPadam