SALAM AIDILADHA 2023|1444H

SALAM AIDILADHA 2023|1444H | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. SAYU DAN SYAHDU TAKBIR RAYA. Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Terima kasih Allah. Ibadah korban sana sini. Semoga ini menjadi satu permulaan untuk kita juga. Menjadi lebih baik. Aamiin.


Seronoknya aidiladha ni meriah dengan agihan daging korban. Ada yang sedekah. Ada yang nazar. Niat masing-masing ketika melaksanakan ibadah korban. Seronok bergotong royong melapah. MasyaAllah. 

Cuaca pun cantik. Awal pagi hujan lebat. Sekarang pun masih mendung lagi. Masih gerimis halus. Sesekali panas menjelma. Terik. Pun alhamdulillah. Pun syukur sangat-sangat.  PC dah siap masak. Balik solat sunat aidiladha babah dan en suami terus makan. Syukur. Dan munjung ke rumah mertua juga. 

Entah kenapa ada satu rasa. Rasa yang sedihnya tak terjemah dengan kata-kata. Tapi dalam sangat rasanya. Allahu. Rasa rindu. Tapi rindu yang kalau diluah pun tak kurang rasa tu. Hari ni aidiladha. Hari ni ulangtahun kelahiran mama. Andai mama masih ada, tentu mama gembira berganda. Sebab bukan lagu selamat ulangtahun yang kedengaran tapi takbir memuji kebesaran Allah swt. 

Awal pagi babah dah ziarah pusara mama. Sekarang pc pulaklah. Nak sembang. Ada banyak cerita. Ada banyak yang mahu dikongsikan. Macam dulu-dulu. Sama. Bezanya berlainan alam saja.

NOTA PC  : sesekali makan ketupat syok

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama