SERAM PULA JADINYA DENGAN BIAWAK DAN MONYET

SERAM PULA JADINYA DENGAN BIAWAK DAN MONYET | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. MEREMANG BULU ROMA PC. Baik-baik berani jadi takutlah pulaknya. Ya Allah. Musim buah-buahan. Memang setakat ni musim buah durian. Tapi pokok buah-buahan yang lain pun on the way nak masak juga. Cempedak. Pulasan. Rambutan. 


Betul-betul mencabar kesabaran. Rasa pelik juga kenapa ayam bising. Riuh gila. Bila PC tengok, tu dia.. istighfar PC. Ada monyet dengan biawak. Adoii. Babah keluar pergi bengkel kereta. En suami pergi kebun. PC kat rumah masak. Sebelum ikan goreng rentong, baik matikan dulu dapur gas nya.

Sebesar sampai sekecil monyet datang serang pokok buah-buahan.  Nak nangis pun ada sebab dihalau dia tak takut. Tak lari pun. Muka slumber je. Sampai perit tekak jerit-jerit. Ya Allah. Makin dimarah, eh makin jadilah pulak. Siap garu punggung dia tayang pada pc. Hurmmmm.


Bukan cuma monyet. Biawak pun boleh tahan juga. Ada je. Entah berapa kali la agaknya dia nak datang satu hari. Banyak anak ayam dilibasnya. Belum helang lagi. Betul-betul mencabar rasanya. Pulak panas terik.

Persamaan dua-duanya ni adalah.. pantang nampak dan ada telur ayam. Ayam babah lepas. Fobia terus nak masuk reban setelah reban pernah dimasuki ular sawa. Jadi, bila ada telur, memang kenduri telur laaaa mereka. Urut dada!!!??. Bukan kata mak ko hijau.. eh muka aku pun hijau.

SERAM PULA JADINYA DENGAN BIAWAK DAN MONYET.. sebab tak takut dengan manusia. Dia nak melawan lagi ada. Seram.

NOTA PC  : biawak dengan monyet akhir zaman berani lain macam
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama