SUDAH MENCUKUPIKAH RASA SYUKUR KITA

SUDAH MENCUKUPIKAH RASA SYUKUR KITA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. JUMAAT indah. Cuaca cantik. Macam nak hujan. Eh, panas terik pulaknya. Tetap alhamdulillah. Tetap syukur. Ya syukur. 

Sebut tentang syukur ni, SUDAH MENCUKUPIKAH RASA SYUKUR KITA pada Allah swt. Ada tak tanya pada diri sendiri. Selalu sebutkan.. syukur.. syukur.. syukur. Betul-betul bersyukurkah kita ni. Atau cuma kat mulut je sebutnya. Gitu. PC, kau dah betul-betul bersyukur ke sebenarnya. Macam belum cukup bersyukur je. Hurmmm yelah tu. Gonjeng betullah. Cakap pandai!!!?.

SUDAH MENCUKUPIKAH RASA SYUKUR KITA
Alhamdulillah.  Pokok tua masih mengeluarkan hasil.
Walau tidak sebanyak dulu. Syukur. Rezeki

Kalau betul-betul syukur, sentiasa wasatiah(sederhana). Selalu qanaah (rasa cukup). Syukur ni bukan cuma cakap kat mulut je. Kena tunjuk juga dengan perbuatan dan hati. Tak mudah sebenarnya. Sebab jujur la kan kan kan.. cabaran nak pupuk rasa syukur ni biasanya diganggu dengan nafsu.

Berterima kasih dengan Allah.  Ucap alhamdulillah sentiasa. Kadang terpeleot juga hati. Mula-mula elok je.. nanti ada je yang bisik, 'tak cukuplah'.. kenapa gitu kenapa ginilah.. belum lagi pertikai itu ini. Kan bagus macam ni. Halahhhh. Ada je yang bisik-bisik tu. Itulah cabarannya. Nak dapat rasa syukur yang murni daripada tulus dan jernihnya hati seumur hidup ni tak mudah. Bukan tak boleh. Boleh!.

Bila sedang usahakan sesuatu tapi mesih belum dapat, lihat sekeliling yang tidak ada sebagaimana kita ada. Jangan bandingkan diri dengan yang lebih ada daripada kita. Risau takut lupa mensyukuri.  Semoga Allah selalu lontarkan rasa syukur dalam diri kita hingga akhir hayat. Aamiin.

NOTA PC  : seronok ikut babah dan en suami pergi kebun nyawit. Belang muka pun belanglah. Terimbas zaman kecil dulu. 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. kadang2 kita terlalu meminta tapi bersyukur dengan apa yang ada sekarang. subhanallah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama