SUP TULANG

SUP TULANG | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. Salam Jumaat indah dan berkah untuk kita semua. Hari kedua Aidiladha. Hari terakhir dibulan Jun 2023. MasyaAllah. 

Aidiladha. Ibadah korban. Tentu banyak menerima daging korban. Kadang tak sekadar daging, tulang, kaki, kepala pun ada. Kulit dan perut pun ada peminatnya tersendiri. Semoga yang memberi, sedekahnya diterima Allah swt. Aamiin. 

Menu daging sana sini bak kata mertua pc. Masak kari, sup, kicap, lemak cili padi.. ermmm rendang.. fuh mantap ahh. Mabuk daging. Hehehe. Sabar jelah. Allahuakbar. Sesekali. Setahun sekali kan.. cuma kena hati-hati la bila makan. Daging segar kan.. kan.. kan.

Besan makcik PC korban. Seekor lembu. Dapatlah daging dengan tulang makcik PC tu ha. Dah nama pun besan.. dapat lebih la dia pun. Balik rumah, terus makcik PC masak sup. Dah siap masak dihantarnya ke rumah babah. Suruh kami rasa-rasa. Fuhhh dia punya lemak.. berasap!!. Berpusing bumbung rumah.

Babah tak berani nak makan. Kalau yang daging saja babah makan sikit-sikit. En suami pun sama juga. PC... makan, cuma sekarang ni tekak lain macam. Faktor usia la mungkin. Makcik PC pun dia tak makan daging. Tapi masak okay je. Daging segar ni lain macam sikit. Fuh. Jadi sesiapa pun.. berpada-padalah.

NOTA PC  : SEMOGA BERTEMU LAGI AIDILADHA 1445H.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Raya qurban wajiblah ada sup tulang

    BalasPadam
  2. Sedap tu sup tulang! Saya tak dapat banyak Daging Qurban..huhu.. Saya suka part pipi..hihi

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama