ADA MASA RAPUH JUGA SEMANGAT

ADA MASA RAPUH JUGA SEMANGAT | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi..YA. MEMANG TIDAK BOLEH BOHONG DIRI SENDIRI. Mulut kata okay tapi hati dan otak tak berdaya menipu lagi. Sungguh. Ada masa rapuh juga semangat.

Kerana PC manusia biasa yang ada ketikanya sangat-sangat memerlukan orang lain untuk sangat-sangat mengerti dan memberi sokongan. Tidak sentiasa, tapi ada masa-masa tertentu begitu. Kadang semangat tu mencair dan mengalir pergi jauh entah ke mana. Kadang semangat tu tumpul bak pisau yang kalau diguna untuk memotong tak putus pun. Hambar. Tawar. Lesu. Bisu.

ADA MASA RAPUH JUGA SEMANGAT

Termenung. Diam. Merenung. Sendiri. Pun jarang tapi sesekali ada dan dilakukan. Sesekali yang banyak kali. Banyak kali yang jarak tempohnya jauh. Semangat ni tidak sentiasa teguh dan jangan harap teguhnya selalu mampu menepis bersungguh-sungguh. Bila rapuh, terduduk bersimpuh. Bukan bersimpuh kerana sopan. Bersimpuh untuk bangkit semula mencari kekuatan.

Saat dan waktu genting. Sewaktu semangat rapuh. Emosi kacau. Fikiran bilau. Kacau bilau. Kewajaran menipis. Rasional selalu dielakang. Lemah semangat. Longlai. Tajam jadi buntu fikiran. Ahhh serba serbi malas. Ke laut semuanya. Kalau dicampak, terumbang ambing. Kanan ya. Kiri pun ya. Bahaya ketika semangat rapuh. Lumpuh semuanya.

Wahai pemilik semangat. Kuatkan semangat dalam diri hamba-hambaMu. Biar tidak berlama-lama menjadi lemah dan rapuh. Agar tidak rapuh menjadi kosong. Semangat rapuh. Bagai dahan yang patah lalu menyembah bumi. Di situ. Sepi. Di situ. Terbiar kaku. Jangan wahai pemilik rasa.

NOTA PC  : mencari dan memulih rentak
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama