AURA MEMPESONA

AURA MEMPESONA |  Ø¨ِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Setiap orang ada auranya masing-masing. Setiap makhluk pun ada auranya sendiri-sendiri. Sehinggakan mata yang memandang menyalurkan getarnya sampai ke hati dan kemudian mempengaruhi fikiran dan perasaan. Aura mempesona. Atau lebih biasa disebut-sebut aura memikat hati kerana sangat menarik perhatian. 

Biasa kalau sebut mempesona mesti tertumpu pada seraut wajah yang jelita kalau perempuan dan tampan kalau untuk lelaki. Tapi entah kenapa bagi PC aura mempesona ini boleh digunakan pada perkara lain juga tidak hanya terfokus kepada wajah manusia. Semua makhluk yang Tuhan cipta ada aura mempesona. Ada keunikan dan paling penting bukti kekuasaan Allah swt.

Cantik itu subjektif. Senang itu subjektif. Rasa keenakkan itu subjektif. Bahagia itu subjektif. Bergantung pada persepsi orang sendiri-sendiri. Apa yang sering diperdebat adalah apabila bercanggah pendapat ketika membahaskan sesuatu perkara atau isu tertentu. Kenapa boleh terjadi begitu?. Jawapannya adalah kerana setiap makhluk itu ada aura mempesona masing-masing. Bila orang ini pandang dia ada persepsinya tersendiri. Bila orang lain lihat dia ada pendapatnya tersendiri juga. Kelainan itu yang sering menjadi perdebatan dan tidak mustahil membentuk dua atau lebih kelompok tertentu. 

AURA MEMPESONA

Memikat hati atau tidak memikat hati lihat pada mata yang memandang dan hati yang menilai serta fikiran yang mempertimbangkan. Justeru tidak hairan kenapa setiap orang ada minat masing-masing. Tengok aura mempesona mana yang menarik perhatiannya sehingga benar-benar rasa tertarik dan berjaya memikat hatinya. Jadi jangan fikir memikat pada aku, harus memikat juga pada kau. Aku terterik dan tertarik kau juga mesti terterik dan tertarik. Tidak boleh begitu. 'Klik' setiap orang dengan aura masing-masing ada tahap dan perbezaannya. 

Semoga aura mempesona yang ada, positif sahaja. Positif untuk diri sendiri dan positif untuk orang lain juga. Sebab apa positif supaya tak timbul masalah. Tapi ingat, ada juga positif yang berhujung negatif dek penangan aura mempesona ni. Berhati-hatilah.

NOTA  PC : mempesona jangan salah terpesona berhujung binasa
 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. salam singgah. tib a- tiba teringat lagu ni haa.. terpesona.. aku terpesona.. memandang wajahmu yang manis.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama