BERGILIR-GILIR MENANTI GILIRAN

BERGILIR-GILIR MENANTI GILIRAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. FARDHU KIFAYAH. MANDIKAN. KAFANKAN. SOLATKAN. KEBUMIKAN. Semua atas rasa ihsan orang. Semua diuruskan orang. InsyaAllah, ramai orang yang baik akan bantu kita. Dalam setiap doa kita, selitkan sebaris dua doa.. agar nanti urusan pengurusan jenaxah diri kita ini Allah swt PERMUDAHKAN. Aamiin. Kena minta sentiasa ya.

Hari ini kita dengar berita kematian keluarga, saudara mara, masyarakat sekeliling dan sesiapa sahaja. Kita datang ziarah. Kita bantu mengurus sehabis baik. Nanti suatu masa orang dengar pula kita yang kembali kepada PENCIPTA, semoga ada keikhlasan orang yang baik hati untuk sama-sama mengurus jenazah kita yang sudah tidak lagi berdaya. Yang bukan lagi sesiapa. Bukan. Ya bukan. Diketika roh tidak lagi menyatu dengan jasad. Berpisah dengan kehendak Maha Esa.

Kau pandang aku. Aku pandang kau. Kita pandang mereka. Saling. Semua sedang menanti giliran. Bakal bergilir-gilir. Berganti-ganti petgi untuk kembali tidak akan kembali. Sekuat apa jeritan. Sekuat apa hentakan. Tetap sahaja menanggung apa tidak tertanggung. Tamat tempoh sekadar umur di dunia. Berbahagialah roh-roh yang bersemayam bagai pengantin baharu. Tenang. Bahagia. Wangi. Gembira. Sampai nanti tiba hari perhitungan. Hari penentuan akhir singahsana di mana kita nantinya.

Mati pasti. BERGILIR-GILIR MENANTI GILIRAN. Seorang demi seorang pergi. Ke negeri abadi. Alam barzakh ibarat satu tempat yang menjadi tempat tinggal sementara. Sementara yang bukan biasa-biasa untuk disembangkan. Semua bermula di alam barzakh lagi. Jangan pandang ringan. Janganlah anggap biasa sahaja. Cari gali ilmu alam barzakh. Gerunnya luar biasa. Allahu. Allahuakbar. Jangan kata "mati lagi bagus.. mati lagi senang".. ingat!. Belum tentu!. 

Kalau kita dengar khabar kematian, itu tanda rezeki untuk kita. Allah swt nak ingat dan sedarkan kita. Nak kita lebih baik. Nak jentik hati kita dengan berita kematian. Bukan saja-saja. Talkin bukan untuk yang mati, tapi untuk yang masih hidup. Untuk yang mati segala amal kebaikannya yang bakal menjawab segala pertanyaan malaikat di alam sana.

Masih hidup.. jangan matikan hati. Amal yang baik dan rahmat Allah nanti menghidupkan kita di sana dengan kemuliaan disaat menemui Rabb. Aamiin. 

NOTA PC : Al Fatihah. Hari TERAKHIR dibulan Julai. MasyaAllah.  Bakal melangkah kita ke bulan Ogos. Bulan kemerdekaan negara kita Malaysia.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Allahuakbar, terima kasih atas ingatan...berita kematian tu mmg hr2 kita dgarkan, sama ad kenal ataupun tidak... salam kenal

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama