BERSATU ATAU BERPECAH | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH. Ha betul sangat-sangat la tu. Bila bersatu insyaAllah teguh. Bila bercerai maka robohlah sebab dah berpecah sana sini. Dah banyak terjadikan di negara kita ni. Sedih rasanya. Rasa terkilan pun ya juga. Sebangsa. Seagama. Umat yang Nabi Muhammad tinggalkan tidak kosong. Ada Al Quran. Ada sunah. Ada hadis. Lengkap.
Tapi, ada juga kes bersatu sebab nak mudah merobohkan. Extra power gitulah. Bila bergabung kan akan lebih kuat dan mudah serta cepat. Tak gitu. Dosa pun kongsi-kongsilah. Dan ada juga berpecah tetap je boleh terus bangkit dan berjalan sendiri. Ada masa-masanya sendiri itu lebih baik dan sihat. Sebab bebas daripada toksik. Yakinlah bantuan daripada Allah swt sentiasa ada untuk hamba-hambaNYA. BANTUAN TU AKAN DATANG dengan cara masing-masing. Kadang luar jangkaan kita.
BERSATU ATAU BERPECAH. Tengok pada niat. Bersatu dengan niat yang baik memang baiklah. Manfaatnya bukan cuma rasa di dunia tapi dapat dikecap sampai akhirat. Yakinlah, betul-betul yakin. Tapi kalau penuh niat yang tak baik maka tak ada gunanya juga. Serabut sendiri. Tak ada keberkatan kan.. kan.. kan. Diri sendiri susah. Orang lain pun susah ANGKARA niat kita yang tidak baik.
Bila pilih berpecah ni, dengar je pun tak seronok pada telinga.. kalau cakap dengan orang atau orang dengar pun tentu ada pandangan negatif. Berpecah??!. Ada banyak punca dan sebab atau alasannya. Kena selidik sampai habis tau. Jangan sekerat jalan je. Ada yang berpecah keadaan semakin membaik. Sungguh. Daripada bersatu tapi tak tentu hala jadinya, buat semak otak. Tak gitu. Bukan bererti bersatu tak elok ya. Jangan silap faham tau.
Kadang dengarnya tak sedap tapi kebaikannya berlipat ganda. Ada yang sedap didengari tapi akibat kurang baiknya berganda yang perlu ditanggung. Adoii. BERSATU ATAU BERPECAH. Kena pertimbangkan betul-betul la. Jangan buat tu sebab terhasut atau terpengaruh. Bersatulah kerana Allah swt. Berpecah selagi boleh elak kecuali kesan baiknya lebih banyak.. silakan.
Bersatu kemudian berpecah ada.
Berpecah untuk bersatu pun boleh terjadi.
NOTA PC : Dulu cakap kosong sekarang jadi kenyataan.. begitulah hidup
Tags:
Santai Peribadi