JULAI 2023

JULAI 2023 | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. ALHAMDULILLAH. Kita dah berada dibulan Julai. Hari pertama dibulan Julai. Aidiladha hari  ketiga. Awal pagi tadi masih ada yang melunaskan ibadah korban juga. Babah pergi rewang melapah di masjid kampung. Seronok babah. Jumpa kawan-kawan. Ada sepupunya pun ya juga. Hehehe. Babah.. babah.. bila balik rumah ada je la cerita lucu. 

Masuk bulan ketujuh ditahun ini. Lima bulan lagi sebelum sampai hujung tahun. Rasa lima bulan tu macam lama, sebenarnyakan sekejap je. Setakat ni dah ada satu undangan walimatulurus di KL. Untuk bulan Disember pun PC dah ada undangan walimatulurus juga. MasyaAllah. Orang masih ingat dan sudi nak jemput. Alhamdulillah la. Moga mudah dan diizini hadiri olehNya.

Sekarang kerap hujan awal pagi. Hujan lebat. Ribut. Kawasan mana tu. Kawasan Batu Pahat. Jam tiga pagi dah mula hujan. Sungguh nyaman. Tapi jadi cabaran juga sebenarnya. Mata berat dan semakin rapat je pejamnya. Sejuk sungguh. Sampai ke siang bunyi katak dengan cengkerik. Ngigau agaknya. Huhuhu.

Ada yang dah balik ke rumah masing-masing. Esok dah mula sekolah. Ada yang hari Isnin baharu mula sekolah kan.. jalan pun dah mula sibuk juga sebenarnya.  Hati-hatilah di mana pun berada. Semoga selamat sampai destinasi masing-masing. 

Apa sahaja aktiviti yang mahu dilakukan, semoga dipermudahkan Allah swt. Saling dan sentiasa mendoakan satu dengan yang lain. Terus berniat dan lakukan hal-hal yang positif tau. Nanti yang positif itu akan kembali kepada kita. Aamiin.

NOTA PC  : sunyi dah rumah mertua. Semua dah balik.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Alhamdulillah, masih bernyawa untuk berjumpa bulan Julai.. Semoga yang baik baik sahaja.. Pejam celik, memang cepat aje masa berjalan....kan... Salam Aidiladha

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama