LUANGKAN WAKTU BERSAMA BILA BERKUMPUL | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Hihi. KEMBALI SEPI RUMAH MERTUA. Beberapa hari meriah sebab anak-anak buah balik rumah atok nenek. Serius, sangat-sangat la meriah. Ada macam-macam ragam. Anak-anak buah PC ni semua peringkat ada. Remaja. Kanak-kanak. Bayi. Haaa bila berkumpul.. eh lagi satu, yang masih dalam perut pun ada. InsyaAllah hujung tahun ni PC dapat lagi anak buah baharu. Alhamdulillah. Yahooooooo.
Mula-mula balik kampung rasa pelik, kenapa Jumaat Sabtu balik kampung, bukan Sabtu Ahad ke. Eh, ni kan Johor. Tapi ni lama-lama dah terbiasa la kan. Jadi tak rasa pelik lagi dah. Jadi bila hari Khamis malam dah standby tunggu adik ipar balik rumah mertua bawa anak-anak mereka kumpul sama-sama. Dua keluarga je pun dah nak terjongket bumbung rumah atok nenek. Tu belum yang kat Pahang balik. InsyaAllah hujung tahun sekali bawa baby. Lepas habis pantang nanti baru balik kampung. Aamiin.
Bila ada anak buah yang berbeza peringkat umurnya, cara layanan pun tak boleh pukul sama rata. Fuhhh. Remaja dah boleh dijadikan kawan. Sembang cara dewasalah. Lebihkan nasihat sebenarnya kepada mereka. Lebih beri pendedahan dengan mendalam hal urus rumah ni. Lelaki ke, perempuan ke.. mesti belajar urus rumah. Mahu tidak mahu bukan cuma akademik sahaja yang perlu baik untuk kehidupan masa akan datang, ilmu urus rumah pun sangat perlu. Santuni anak remaja macam main layang-layang. Macam tarik rambut dalam tepung. Ada masa bertegas. Ada masa perlahan. Ada masa bergurau senda dan buat aktiviti yang tak bebankan otak dan perasaan. Salah satunya PC ajak mereka main GAME sama-sama la. Ini yang remaja tau. Bukan yang kanak-kanak. Apatah lagi baby tu ha. Biasanya PC minta izin ibu ayah mereka dululah. Bila dah dapat keizinan.. pilih la game yang santai je.. JOM POTONG BUAH BUAT JUS. Hahahaha.
Bila dah luang masa dengan anak yang remaja. Tak adillah yang kanak-kanak tu dibiarkan. Tak gitu. Mereka lebih-lebih lagi perlu betul acuannya. Memang anak kecil sekarang lebih menguasai gadjet dan media sosial. Lebih tahu berbanding yang tua-tua. Tapi entah kenapa, PC lebih suka main dan gurau dengan mereka. Sebab kurang suka mereka terlalu asyik mengadap handphone. Tak apalah main pondok pondok ke. Main lukis-lukis ke.. main cikgu cikgu ke. Jom ummi main sama-sama. Ada je YouTube kids. Pun okay sebenarnya. Cuma tetap saja perlu pemantauan. Kalau tidak.. eh nyeberang juga mereka. Bahaya jugalah. Mereka ni tak tidur satu hari pun segar bugar je. Kita ni ha tersengguk sengguk ngantuk. Hahaha.
Hilangkan ngantuk macam mana?. Pergi layan dan kacau yang baby pulak. Haaa sergah sikit-sikit dah terhibur anak tu. Masalahnya tak nak dengan orang.Bila kita ambil dukung meraung macam kena cubit. Apalah. Jangan nanti dah besar sikit bila dah tak takut, kerja minya dukung je. Bengkok tulang pinggang. Maklumlah dah tua. Allahuakbar. "Alah bayi lagi mana dia faham". Jangan cakap gitu. Fuhhh silap tu. Walaupun masih baby janglah tunjuk perangai tak elok. Tunggu satu masa sikit lagi. Dia akan pulang dan muntahkan semula semuanya. Itu yang kadang macam ibu ayah cermin diri sendiri. Anak tu jadi cermin. Sungguh, sebab PC dah tengok sendiri. Parah. Jadi berhati-hatilah ya.
Kuantiti penting, tapi kualiti itu jauh lebih utama dan penting. LUANGKAN WAKTU BERSAMA BILA BERKUMPUL itu sangat penting. Lebih-lebih lagi bila dah lama sangat tak jumpakan. Masing-masing ada urusan dan kesibukkan sendiri. Itu lumrah. Jadi bila jumpa tu, duduk sama-sama. Bercerita. Sama-sama ketawa. Tarik dan serap aura positif sebanyak-banyaknya. Saling bertukar pendapat. Terbuka terima teguran. Sebab matlamatnya satu. Mahu sama-sama hidup di SYURGA FIRDAUS Allah swt di akhirat kelak. Itu je. Aamiin.
NOTA PC : tergigit tercubit tersinggung itu memang dapat dielak.
Tags:
Santai Peribadi
Srsekali dapat berkumpul reramai memang meriah
BalasPadam