NGETEH PETANG | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. RINGKAS TAPI BERMAKNA. KUALITI MASA BERSAMA-SAMA. Setiap keluarga ada cara masing-masing nak eratkan hubungan kekeluargaan. Kreatif masing-masing. Jalan-jalan boleh. Makan-makan boleh. Shopping sama-sama pun tak ada masalah.
Layan diri. Masing-masing buat air kesukaan sendiri. Duduk sama-sama minum satu tempat pun boleh. Kadang belilah pisang goreng, tempe goreng dan keledek goreng. Ha makan panas-panas. Sambil sembang itu ini. Bahagia kita boleh cipta dengan sederhana sahaja caranya. Paling penting ikhlas, jujur dan sampai ke hati.
En suami keluar pergi gunting rambut. Biasalah ramai yang menunggu giliran. Bosan menunggu, sempat lagi singgah gerai yang jadi kegemaran dan langganan keluarga kami. Goreng-gorengnya sedap. Rangup. Alhamdulillah setakat ni rasa happy bila membeli. Puas hati. Bila dah beli.. balik rumah dulu. Kononnya lepas ngeteh petang nak pergi kedai gunting semula. Hahaha.. alih-alih tak jadi. Dah kenyang. Batal. Esoklah katanya. Hurmmmm.
Ngeteh petang. Bukan di rumah sahaja. Ada yang pergi ke warung-warung hujung kampung. Jumpa kawan-kawan. Ngeteh petang dengan kawan-kawan. Lagilah kalau di kampung PC. Tempat ngetehnya di tepi laut. Fuh.. sambil ngeteh petang sambil tengok nelayan balik dari tangkap ikan. Waaahh seronok. Ada rezeki tu yang babah dapat beli ikan segar. Masih hidup lagi. Balik siang terus masak. Omak aiiiii. Padu!.
Kalau cuaca panas memang meriah. Ramai. Banyak kedai-kedai dibuka dan penuh orang datang. Bila hujan sepi. Kosong. Kesian peniaga. Allahu.
Bila malam mendongak ke langit
Langit gelap dihiasi bintang
Belilah gorengan barang seringgit
Duduk bersembang ngeteh petang
NOTA PC : mencipta kenangan
Tags:
Santai Peribadi
Wak biasanya ngeteh petang lepas asar.
BalasPadamLepas ngeteh pergi ronda2 kebun pula.
Bestnya negeteh.. lagi² ngeteh tepi laut.
BalasPadam