PANGGIL KAU AKU SAHAJA SAMPAI MATI

PANGGIL KAU AKU SAHAJA SAMPAI MATI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. DENGARNYA KASAR. SEPERTINYA TIDAK SOPAN LANGSUNG. BIADAP!. INI YANG AKAN DISIMPULKAN. Bila suami isteri saling "KAU" "AKU" ketika berkomunikasi. Sebenarnya macam aneh jugakan. Jujur, biasa saja la.

Okay, suami isteri topik yang PC nak highlight kan ber KAU AKU ketika berkomunikasi seharian tak kiralah di rumah atau di khalayak ramai. Barangkali ada yang sinis. "Eh kurang ajarnya dia dengan suaminya atau isterinya".. "Apalah panggil kau aku laki bini bila bercakap".. dan lain-lain lagilah. Ini berdasarkan pengalaman PC tau. Berlaku depan mata tau. Orang pandang serong pada pasangan yang ber'kau' ber'aku'. 

PANGGIL KAU AKU SAHAJA SAMPAI MATI

Jujurnya bagi PC tak jadi masalah pun. Paling penting kebahagiaan dan penerimaan. Cara masing-masing lah. Ada yang kau aku pisahnya kerana ajal. Hidup bersama berpuluh tahun. Sama-sama muda. Sampai tu. Yang ada mati pun sama-sama. Sebab isunya suami isteri bahasakan diri satu sama lain kau aku. 

Sweet dengan cara masing-masing la. Dengan pilihan yang berbeza ikut sesuainya dan sepatutnya. Kadang tengok sempoi je pasangan ni macam kawan-kawan tapi bila tanya usia pernikahan.. dah 20.. 30 tahun. Nampak tak. MasyaAllah. Kau aku je tu. Anak 8..9 orang. Alhamdulillah. 

Arwah atok dan nenek. Arwah jaie dan nyaie. Babah dengan mama. Bila bercakap bahasakan diri masing-masing kau aku. Bila cakap dengan anak-anak dibahasakan mak kau.. bapak kau.. babah kau.. mama kau.. atok kau.. nenek kau.. gitulah. Hahahaha.

Hormat. Berkasih sayang. Menghargai satu sama lain, tetap!. Dengan cara masing-masing juga laaa. Gembira menjalani kehidupan sebagai suami isteri. Kita kena belajar. Bukan la bermakna lepas ni kena panggil atau bahasakan diri tu kau aku pulak dengan pasangan. Tak la gitu. Cuma kita kena terima apa pun cara pasangan lain lakukan. Asal tidak langkau batas. Itu je. Bukan juga syarat untuk berpanjangan jodoh.

NOTA PC  : saling melengkapi kerana Allah swt 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. betul tu
    bkn panggilan lambang kebahgian
    ciknur panggil di mama, abah je

    BalasPadam
  2. terpulang pada penerimaan masing-masing kan PC

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama