RASA INGIN TAHU YANG KUAT DAN TEBAL | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Hihi. SIFAT MANUSIA, ADA RASA INGIN TAHU. Ada orang cukup sekadar INGIN TAHU sahaja untuk pengetahuan. Tapi ada sesetengah orang, INGIN TAHU kemudian mencuba juga. Macam ni, rasa INGIN TAHU kena dikawal. Lagi-lagi kalau apa yang menarik minat tu tak patut pun dicuba. Bila tak boleh kawal diri, tu yang nak mencuba walau perkara tak sepatutnya. Besar pengaruh rasa INGIN tahu. Sungguh!
Perlukah rasa ingin tahu yang kuat dan tebal pada diri seseorang. Perlu. Banyak hasil daripada rasa ingin tahu yang kuat dan tebal. Rasa ingin tahu merangsang otak untuk terus bekerja keras. Pelbagai usaha dan kajian akan dilakukan. Bermacam ilmu akan dikuasai tidak mengira hitungan usia. Jadi tidak hairan di pusat-pusat pengajian tinggi ada warga emas yang masih lagi dan sedang menuntut ilmu. Ya, kerana rasa ingin tahu. Alhamdulillah.
RASA INGIN TAHU YANG KUAT DAN TEBAL.. adakala mencandukan. Buat orang ketagihan. Mahu lagi dan lagi. Gali lagi dan lagi. Ke sana ke mari mencari dan terus mencari. Kerana ingin tahu adakala menjadikan manusia buta dalam celik. Hanyut walau sedang berpaut. Di bawa rasa ingin tahu yang kuat dan tebal. Ada yang semua dilanggar sahaja sesukanya. Dalam kain, luar kain. Dalam rumah, luar rumah. Dahulu kala hingga kini dan boleh jadi hingga masa hadapan. Gilakan.. bila dirasakan rasa ingin tahu yang kuat dan tebal. Hingga lupa.
Ya lupa. Boleh jadi pura-pura lupa. Mana dosa. Mana satu berpahala. Rasa ingin tahu ada hadnya. Jangan langgar ikut suka. Ada batas tidak bolehnya. Ada sempadan sekadar mana bolehnya juga. Maksiat, kenapa ingin tahu. Maka tidak perlu. Ibadah dituntut, maka caknalah wahai manusia yang bercita-cita hujung hidup ingin di syurgaNYA. Rasa ingin tahu, banyak baik atau buruknya. Menyelamatkan atau menjerumuskan. Fikir-fikirkan la terlebih dahulu.
Tidak salah kalau rasa ingin tahu melangkah lebih dulu berbanding mendahulu seperti mana yang Tuhan mahu. Cuma khilaf langkah binasa juga yang akan menyelubungi kehidupan sepanjang waktu.
NOTA PC : ambil tahu yang perlu
Tags:
Santai Peribadi