SALAM MAAL HIJRAH 1445H

SALAM MAAL HIJRAH 1445H | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Hihi. AWAL MUHARAM. Bulan pertama dilembaran baharu yang pertama. Bulan pertama daripada dua belas bulan. Selamat bercuti kepada yang bercuti. Selamat berkerja bagi yang sedang bertugas saat ini. MasyaAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Penghijrahan Nabi dan umat Islam dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Titik pembinaan sebuah negara Islam. Menyebarkan agama Islam. Kaum muhajirin dan ansar bersatu.  Berukhuwah. Perpaduan. Allahu.

PERPADUAN TERAS MALAYSIA MADANI menjadi tema sambutan MAAL HIJRAH 1445H/2023 kali ini. Mulakan daripada dalam keluarga. Asas utama sebuah negara bermula daripada sebuah keluarga yang membentuk masyarakat seterusnya menjadi rakyat sesebuah negara itu sendiri. Rapuh institusi kekeluargaan, tidak mustahil mudah runtuh sesebuah negara itu. Tidak kiralah di mana pun itu. Kukuhnya daripada akar dan dasarnya.

SALAM MAAL HIJRAH 1445H

HIJRAH. Penghijrahan Nabi Muhammad saw menjadi TERAS dan simbolik kepada kita umat. Sesuatu yang mesti dan boleh kita pelajari untuk perbaiki keperibadian diri. Kalau dulu Nabi hijrah kerana dimusuhi saat menyebarkan agama Islam sehinggalah agama berkembang baik ketika di Madinah. Sekarang, akhir zaman. Kita umat hijrah bersama-sama. Hijrah bermula daripada dalam diri masing-masing.  

Hijrah tak semestinya pindah dari satu tempat ke satu tempat sahaja. Berubah daripada satu kebiasaan yang tidak baik kepada sesuatu yang lebih baik pun itu hijrah juga. Hijrah biarpun sedikit dan kecil skalanya namun bila istiqhomah tentu sahaja memberi kesan yang mendalam dan insyaAllah bertahan lama. Hijrah ni perlukan proses. Bukan cakap hari ni esok terus jadi. Memang tak mustahil cuma takut ke takuk lamanya pun cepat juga. Nak istiqhomah itu tidak mudah ya. Kena kuat semangat. 

Mana boleh diubah jadi lebih baik, ubahlah. Petunjuk memang daripada Allah swt. Memang!. Betul sangat-sangat.  Tapi tak bermakna tak perlu usaha kalau nak jadi lebih baik. Takkan la tak ada ikhtiar nak jadi lebih baik. Bahaya tu. Ingat, hujung hidup adalah kematian. Bukan hidup selama-lamanya di dunia ni.

NOTA PC : 1445H.. alhamdulillah 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama