SAYANG DAN CARI WAKTU UNTUK DIRI SENDIRI

SAYANG DAN CARI WAKTU UNTUK DIRI SENDIRI  | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. SANGAT-SANGAT PERLU. SUNGGUH!!. APA?. SAYANGI DIRI SENDIRI ITU PERLU. BERI WAKTU PADA DIRI SENDIRI PUN PERLU. Kita manusia biasa. Asasnya begitu. Fitrahnya begitu. Sebelum sambung, sekarang PC kerap juga main game online daripada Mortgage

SAYANG DAN CARI WAKTU UNTUK DIRI SENDIRI

Sayang dan cari waktu untuk diri sendiri. Zaman kanak-kanak lain. Remaja. Dewasa. Tua kalau Allah swt izin. Jangan salah faham, tidak semua orang Allah beri rezeki hingga usia tua. Sebab itulah selagi boleh kita hormat dan hargai orang-orang tua disekeliling kita. Mereka tak minta disanjung pun, cukup kita yang lebih muda hormat mereka. Kalau jumpa orang tua, tapi tak sedar diri, tipu orang muda, aniaya orang muda, sakiti anak kecil, serahkan pada pihak yang sepatut dan selayaknya untuk bertindak. Kita tidak wajar berlebih-lebih pada sesuatu diluar bidang kita. 

SAYANG DAN CARI WAKTU UNTUK DIRI SENDIRI

Melalui setiap garis waktu tentu ada kisahnya. Cerita yang berbeza-beza. Sungguh. Sebab tulah ada kenangan masa baby. Kanak-kanak. Bila remaja, seterusnya dewasa. Tentu sekali tidak semuanya lurus, mulus dan mudah-mudah sahaja kan. Setiap kita ada jalan cerita berbeza menjalani hidup. Baik diri sediri atau keluarga yang berada disekeliling kita. Kongsi semuanya.

SAYANG DAN CARI WAKTU UNTUK DIRI SENDIRI

Jalani. Terima. Hadam dengan sepaling mampu. Kadang rasa lelah sangat-sangat. Rasa putus asa. Malas dah. Semua ada. Fizikal tegap berdiri tapi dalaman jatuh hancur berkecai terhempas. Berderai. Cantum?. Boleh. Tapi tidak akan jadi sama semula. Jauh bezanya. Sangat berbeza.

Kita boleh pilih. Cuma kadang kita sengaja pilih yang salah. Bukan untuk diri sendiri tapi lebih mahu "menjaga". Sebenarnya ia menjadi satu tindakan yang kurang bijak. Sehinggalah ia membinasakan diri sendiri perlahan-lahan dan sekali lagi sebenarnya dengan kesedaran juga. Allahu. Lebih sedih hingga orang lain tumpang sekali menyakiti diri kita. 

Sampai bila?. Jangan biarkan. TAK BOLEH BIAR SAMPAI BILA-BILA. Bahaya. Keluarlah. Bangkit. Sayang diri sendiri.  Cari waktu untuk diri sendiri.  Menzalimi diri sendiri pun tak baik. Allah swt pun reda hambaNya menyakiti diri sendiri. Diri kita aset. Aset yang hasil atau pulangannya bermakna di akhirat kelak. Jagalah diri untuk di dua kehidupan. Dunia dan akhirat.
 
NOTA PC : ada hal boleh dielakkan, ada perkara cuma boleh dikawal atau diredakan.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama