SELINGAN KETIKA BERBLOG MAIN GAME DULU

SELINGAN KETIKA BERBLOG MAIN GAME DULU | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Hihi. TURUN NAIK MOOD MEMANG sudah tidak asing. Seorang blogger, senior kah.. newbie kah.. tentu saja akan ada cabarannya. Sungguh. Kekangan kesihatan, semangat, idea, masalah dalaman, masalah luaran semuanya ada dan akan dilalui. Jujur, mudah kita membaca apa yang sahabat-sahabat blogger kongsikan tapi percayalah mahu menghasilkan satu konten itu tidak mudah. Ada cabarannya yang tersendiri.

 Kalau hari ini kita lihat ramai blogger yang hebat-hebat dalam penjenamaan blog masing-masing, semuanya ada proses yang tidak mudah dan bukan main-main. Tak percaya, tanya la. Dulu di awal-awal sebelum PC serius mahu menjadi seorang blogger, PC suka baca beberapa blog sahabat blogger yang ada. Memang tidak mudah mahu istiqhomah. Bila PC sendiri pasang niat mahu menjadi seorang blogger, sesudah minta izin dengan en suami dan harus terima nasihat dan syarat beliau baharulah ianya bermula. 

Ketika awal-awal sukar untuk PC susun waktu. Bekerja, berblog dan bila di rumah isteri yang bertukar menjadi suri rumahtangga tidak sepenuh masa. Serabut. Biasalah awal-awal lagi kemaruk nak buat itu ini. Kejar itu ini. Letak visi misi itu ini. Pernah sampai mabuk terlupa nak makan. Hahaha. Migrain mak jemah dibuatnya. Berdenyut kepala. Taksub tak tentu hala PC dengan kerja dan blog. Siap kena ceramah dengan en suami. Tu urusan rumahtangga settle. Bayangkan kalau tak settle.. bukan mak kau hijau.. bapak kau hijau.

Seiring waktu, bila sudah tidak lagi bekerja, sepenuh masa dirumah, PC susun rentak baharu satu persatu. Sungguh. Lebih fokus sebenarnya. Lebih teliti. Lengkapkan apa yang kurang. Perbaiki dan perbetulkan mana yang tersilap. Berblog. Seorang blogger, banyak benda yang mesti dijaga. Sungguh. Susah tau nak tinggalkan seketika aura negatif waktu mengadap blog. Marah macam tak marah. Sedih macam tak sedih. Itu yang kadang emosi terheret dalam konten atau artikel. Fuh.

Sekarang lebih santai. Blog bukan satu tekanan dan jangan jadikan satu paksaan. Sejak balik kampung ni, babah yang selalu tegur. Bila PC ngadap tab saja. Tidak pun ngadap laptop saja sampai lewat malam, babah akan ingatkan. Suruh anaknya rehat dulu. Dulu babah tak faham blog ni apa. Sekarang dah tahu sikit-sikit. PC terangkan. Ngadap  blog ni semakin ditekan atau paksa semakin blur. Bila letih PC sembang dengan babah atau en suami. Makan. Minum. Nanti layan anak saudara kalau ada datang rumah. Bila malas gerak, PC main game. MAIN GAME DULU LA. Ada banyak cara sebenarnya n redakan letih atau stress. Lagi-lagi bila mood tak berapa yang cantik. Toleh kanan toleh kiri buka SOLITAIRE. Ada banyak pilihan. Sesekali layan. Okay sangat. Imbas kenangan dulu-dulu. Alhamdulillah. 

SELINGAN KETIKA BERBLOG MAIN GAME DULU

SELINGAN KETIKA BERBLOG MAIN GAME DULU

SELINGAN KETIKA BERBLOG MAIN GAME DULU

SELINGAN KETIKA BERBLOG MAIN GAME DULU

Fokus. Jangan sampai memudaratkan diri sendiri dan mendatangkan masalah kepada orang lain. Mungkin kecil dan sedikit apa yang mahu dan sedang disampaikan, tak apalah. Asalkan memberi kesan kebaikan yang besar dan mendalam kepada orang lain. Jadi saham akhirat juga. InsyaAllah. Aamiin.

NOTA PC : hargai masa yang direzekikan

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. wahh..lama tak singgah sini, dah banyak perubahan dan perkembangan blog puan, tahniah, semoga terus istiqamah menulis:)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama