SEMBANG KENCANG TAPI MELAYANG-LAYANG | بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم .Assalammualaikum wbt. Sembang. Semua orang suka sembang. Kecuali orang yang memang pendian sifatnya. Tapi pendiam-pendiamnya orang pun kalau kena cara dan jumpa gang boleh jadi heboh dan kecoh juga. Tidak mustahil yang pendiam boleh berubah jadi ramah tamah. Tengok dengan siapa kita berkawan dan bagaimana sekeliling kita seharian. Menyumbang kesan dan mempengaruhi hidup seseorang. Kalau tidak seratus peratus beruah dan terpengaruh, paling tidak pun lima puluh hingga enam puluh peratus terpengaruh juga. Sebab itulah kena hati-hati dan pandai-pandailah pilih dan bawa diri ketika berkawan.
Sendirian pun tidak berkembang juga otak. Ya, adakala memang perlu bersendirian tapi tidak semestinya juga perlu sentiasa bersendirian kan..kan. Sesekali paling tidak pun sekejap perlukan kawan bersembang. Tengok juga keadaan sebenarnya. Dan di mana kita tinggal. Pola hidup dan gaya hidup lain tempat atau kawasan lain cara dan gayanya. Ada yang kau kaulah dan aku akulah. Ada yang kita sama-sama saling. Ada juga yang sembang bila mahu dan bila perlu sahaja. Tapi yang seronok bila cuma sesekali jumpa dan bersembang tapi mesranya luar biasa. Walaupun sebenarnya jiran sebelah ruamah je pun. Ada manisnya. Ada banyak cerita. Kalau dengan jiran tetanggalah. Kalau dengan kawan sekerja itu lain bab. Lain caranya pula. Jangan semua pukul rata. Kena pukul nanti. Hehehe.
PC cukup suka dengar orang bersembang. Suka je. Sebab kadang ada sesuatu yang boleh kita gunakan dan jadikan sempadan dan pengajaran juga. Tak kisahlah dalam bab atau kisah apa sekalipun, lagi-lagi bila ada orang yang lebih dewasa dan tua yang bersembang. Memang bersemangat orang tua-tua ni bercerita. Lucu ada. Sedih ada. Geram pun ada. Bercampur baur rasa dah macam rojak buah. Bukan curi dengar tapi memang dengar lebih-lebih lagi kalau sedang makan di kedai makan tepi jalan atau warong hujung kampung ke tak pun mana-mana restoran. Kita akan jumpa geng ngeteh dan geng ngopi. Tu dia. Berasap.
Nama pun sembang, yang tahu fakta atau dusta cuma mereka satu sama lain sahaja. Yang tahu itu serius atau auta pun mereka sahaja satu sama lain. Kawan-kawan ni biasanya lebih tahu dan kenal kawan masing-masing. Itu yang kadang kita dengan macam sakit telinga sakit hati, tapi mereka santai-santai sahaja. Kadang kita anggap lawak jenaka tapi antara mereka ada yang merah muka dan telinga tegang urat leher juga. Angkat kaki, jalan. Bye.. bye.
Tidak kiralah, sembang topik apa. Apa isunya. Sembang kencang, sekencang apa pun tapi kalau melayang-layang tidak ada gunanya. Bahaya juga kerana sembang kita ramai yang akan pasang telinga lebih-lebih lagi bila sembangnya ditempat terbuka. Orang mudah terima dan percaya. Mudah ditelah tanpa ditapis dahulu. Mudah juga disebar tanpa bertanya terlebih dahulu. Sembanglah dengan beretika walau cuma sembang hal-hal mudah dan ringan. Supaya tidak melayang-layang dan mudah terbang ke mana-mana hingga menjadi dan tersebar fitnah. Seperti mana makanan nak sedap kena tambah perisa, begitu juga bila sembang. Tapi tidak boleh berlebihan ketika menambah rasa ketika asyik bersembang.
Dengan kata-kata kita boleh dipercaya. Dengan kata-kata kita boleh dikata pendusta. Sekian.
NOTA PC : santan binasa dek pulut.. badan binasa dek mulut
Tags:
Santai