SIAPA YANG LEBIH | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. Hihi. Syukur, cuaca cantik sangat. Semoga di mana pun kita berada, sentiasa berada di bawah lindungan dan kasih sayang Allah. Aamiin. Tengah buat apa tu?.
Nak cerita apa hari ni ya. Yang santai. Yang dekat dengan ragam manusia. Ada banyak sebenarnyakan. Banyak sangat-sangat. Selagi hidup akan sentiasa ada kisah. Kisah di dunia lain. Nanti kisah di akhirat lain lagi. Sebelum tu kisah di alam barzakh pun lain juga. Ada banyak kisah. Berperingkat dan lain-lain. Tapi ada kaitan satu dengan yang lainnya ya. Harap maklum.
Siapa yang lebih. Bila sebut siapa yang lebih, ini yang selalu timbulkan isu. Akan timbullah yang mengaku "aku la yang lebih". Bila dah semua mengaku "aku la yang lebih" tak ada yang ngaku kurang. Hihihi. Lumrah. Silap-silap hujungnya bertumbuk bagai. Tak pasal-pasal lebam biji mata.
Siapa yang lebih
Kisahnya
Kata mata, aku lebih berguna dan berjasa kerana manusia boleh melihat macam-macam.
Kata parang, aku lebih berguna kerana besar jasa aku untuk menebang, memotong dan digunakan sentiasa.
Kata kuali, aku pun sangat berguna. Setiap hari berkorban berpanas atas api. Digunakan untuk memasak, menggoreng berjam-jam dan bertahun.
Kata pokok, aku tak kurang juga berkhidmat. Jadi tempat berteduh. Rimbun berbuah dan mencantikkan kawasan.
Percyalah.. hakikatnya, setiap apa yang Allah swt cipta ada PERANAN MASING-MASING. Akan ada soalan yang akan dipertanyakan. Ada jawapan yang mesti diberikan juga. Pasti!!
Siapa yang lebih?.. Lebih dengan izin Allah swt.
NOTA PC : "LEBIH" itu jadi ujian.