TIDAK SELALU ADA DAN SEMENTARA MASIH ADA

TIDAK SELALU ADA DAN SEMENTARA MASIH ADA | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Hihi. BANYAK SANGAT-SANGAT perkara yang telah kita terlepas. Tapi tidak kurang juga telah banyak perkara kita dapat nikmati. Sekali lagi.. banyak sangat-sangat. Betul tak?.

Tidak selalu ada. Ada yang berpendapat, peluang cuma sekali. Tak akan berkali-kali. Ini ayat orang yang nak meyakinkan orang lain. Contoh jurujual dan sebagainya la. Kalau beranggapan peluang cuma sekali, andai dah terlepas atau memang kita sengaja pilih melepaskan, kalau akan datang ada lagi.. ITULAH DINAMAKAN REZEKI. Peluang rezeki ada lagi. Alhamdulillah banyak-banyak. Betul tak.


Sementara masih ada. Hargailah. Sebelum kita nanti yang hujung-hujungnya rasa terkilan sendiri mengenang apa yang telah tiada. Namun begitu, wakau sementara masih ada, kalau melibatkan barangan atau benda ni, jangan sampai tahap membazir tau.. tau.. tau. Ingat tu.

Keadaan semasa tidak dapat kita jangka. Susah pun sebenarnya nak jangka-jangka ni. Kan macam teka-teka gitulah.  TIDAK SELALU ADA DAN SEMENTARA MASIH ADA. Berbalik juga pada rezeki kitalah. Ada masa sentiasa ada. Ada masanya asyik tak ada je. Nampak tak. Gitulah hidup ini. Ujian kesabaran sentiasa ada. Itu yang meletakkan iman kita diparas dan tahap yang mana. Allahu.

Jangan hairan mulut sering berkeluh kesah. Bila hajat sering menyimpang tersasar. Bukan rezeki tidak kunjung datang tapi takdir terbaik sedang mahu mengisi.

NOTA PC : alhamdulillah hujan lebat. 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. selalu terpedaya dengan ayat sementara masih ada tu...

    tapi bila melibatkan orang tua, sementara mereka masih ada janganlah terpedaya dengan hasutan syaitan bila dia bisik "esok masih ada"

    BalasPadam
  2. Waalikummusalam PC.
    Sementara masih ada hargailah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama