AGAK KURANG KONSISTEN

AGAK KURANG KONSISTEN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. AKAN ADA YANG TERCICIR atau akan ada yang kurang perhatian. Mahu tidak mahu, inilah hakikat kita sebagai manusia biasa. Ya, PC lah tu. Tuding jari pada diri sendiri dulu. Kita tahu diri sendiri. Kita kenal diri sendiri. Allah tahu semua. 

Perkiraan PC tidak sama apa yang telah, sedang dan apa yang akan Allah swt tentukan nanti. Tapi PC selalu percaya dengan gerak hati dan naluri. Semua pun daripada Allah swt. Bezanya kuat atau tidak sahaja rasa atau naluri yang ada. PC selalu doa, lintaskan rasa yang baik-baik, yang tiada campur tangan syaitan untuk PC lakukan. Ini doa yang mama sentiasa pesan. PC ingat. PC amalkan.

AGAK KURANG KONSISTEN
KONSISTEN TERKADANG BERLUBANG JUGA

Agak kurang kosisten. Ada masa-masanya PC dapat rasa dan sedar diri. "AKU KURANG KONSISTEN" ni. Sepatutnya tak gini. Boleh lebih baik. Boleh lebih-lebih lagi. Bukan melebih-lebih keterlaluan. InsyaAllah. Tidak dinafikan ada masa-masa tertentu macam kelab kabut sangat. Kadang eh santai pulak. Faham tak. Itu belum kadang letih sangat-sangat. Tapi bila bertenaga sangat, wah.. anak bulu pun tercengang tengok umminya. 

Blog PC pun kadang tak berupdate.. fuh melampau ni. Tekek ke token pun meloncat dari sawang yang melekat pada blog. Hahaha. Gitulah diibaratkan. Bukan cuma pada blog, ada beberapa hal lain pun dah macam kurang KONSISTEN PC lakukan. Ya Allah. Apalah nak jadi.

Agak kurang konsisten. Apa mesti dilakukan supaya kembali konsisten?. Rehat dulu. Bagi fresh otak. Kembali kepada niat awal atau asal. Tengok semula visi dan misi. Nak lawan "rasa-rasa" itulah yang mencabar sangat-sangat. Semoga kuat semangat!!. Aamiin.

NOTA PC  : start enjin
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama