BUKAN KITA PUNYA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. SEMUA bukan kita punya. Bukan PC punya. Di dunia semua sementara. Pinjaman dan untuk ujian semata-mata. Ini yang kadangkala PC selalu lupa. TERlupa. Walaupun semua pinjaman tapi semuanya menjadi tanggungjawab dan amanah untuk PC dan kita semua galas sampai mati.
Cuma sementara. Sekadar pinjaman tapi ada rasa yang Allah swt sertakan. Rasa sayang. Rasa memiliki. Rasa bertanggungjawab. Rasa yang telah sebati menjadi darah daging kita selagi hidup di dunia ini. Ya, memang sementara. Allah swt boleh ambil semula tapi kuat dan dalamnya rasa-rasa yang ada itulah yang membuatkan kita insan dan makhluk ada usaha untuk mempertikai dan mempertahankan sedaya upaya.
Bukan kita punya. ALLAH SWT punya. Pemegang amanahnya kita. Tidak semua Allah swt percaya dan pilih. Buktinya tidak semua dihidupkan hingga usia tua. Tidak semua diberi tanggungjawab menjadi hambaNYA di dunia ini hingga akhir hayat.
Alam ini Allah swt isi dengan pelbagai jenis makhluk untuk hidup berdampingan. Saling memerlukan satu dengan yang lain. Sebab inilah kena bijak. Bijak bawa diri. Bijak kawal diri. Nak jadi bijak kadang dipijak dan dihenyak-hentak sehinggalah kita bangkit menjadi manusia yang lebih baik. Sebab?. Kita lebih mengenali orang lain. Siapa yang tulus. Siapa yang bersandiwara sentiasa.
Bukan kita punya. Tidak semua sedar. Tidak semua terima hakikatnya begitu. Ada yang beranggapan dunia dia punya hingga menganggap dunia dan segalanya bagai syurga. Silakan. Lebih sedih dan pedih.. langsung tidak berasa takut dengan azab yang bakal menanti kelak.
NOTA PC : memang bukan kita punya semuanya.. tapi apa yang diamanahkan jagalah dengan sebaik-baiknya.
Tags:
Santai Peribadi