GIGIH BUNGKUS CEMPEDAK | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. GIGIH. SEMANGAT. GEMBIRA. Tidak bertangguh. Nikmat ni bukan boleh dijangka. Sungguh. PC belajar banyak benda. Banyak perkara disekeliling PC. Dulu.. dulu la, mungkin PC pun macam sesetengah orang lain juga..sebut rezeki je mesti duit. Duit.. duit.. duit. Sampai sekarang pun PC masih lagi dikelilingi dengan orang yang fikirannya rezeki tu duit dan harta benda. Kebendaan yang mahal dan bernilai.
Okay, dulu lagi tau ni. Dulu kalau ada yang sebut rezeki, kemudian PC dengar.. PC ni macam ya kan je. Haah la rezeki tu duit. Tapi sekarang, tak. PC akan jawab.. rezeki ni bukan duit sahaja. Nyawa kita pun rezeki. Anggota tubuh kita pun rezeki. Rezeki luas pengertian dan pecahannya. Faktor usia. Kematangan dan cara betfikir. Menerima qada qadar atau ketentuan dengan cara yang lebih sihat dan positif.
Satu hajat kita belum tercapai. Atau doa-doa kita belum termakbul.. tak adil jugakan kalau telah banyak nikmat yang kita nikmati kita tidak syukuri. Tidak hargai. Betul tak?.
Sekarang Allah izin pokok cempedak berbuah lagi. Memang yang sebelum ni dah dapat makan. Alhamdulillah. Syukur. Bukan bermakna yang ada sekarang boleh acuh tidak acuh sahaja. Jadi, gigihlah babah dengan en suami bungkus. Satu persatu mana yang dirasakan perlu dan boleh dibungkus. Bersemangat babah pikul tangga. Anak menantunya pikul bag plastik dengan tali rafia. Hahahaha. Manjat bergilir-gilir la. Bapak manjat menantu jaga tangga. Menantu panjat, mertua jaga tangga. PC buat apa?. Standby cari kain pelikat buruk-buruklah apa lagi. Hurmmmm. Ini saya pakar. Kihkihkih.
GIGIH BUNGKUS CEMPEDAK |
GIGIH BUNGKUS CEMPEDAK |
Dapat merasa lagi atau tidak akan datang, itu cuma Allah swt yang tahu. Kita usaha bungkus jelah dulu. Betul tak. Sebab sekarang jangan kata monyet. Eh, lotong pun dah ada banyak la pulak. Besar-besar pulak tu lotong nya. PC pula jadi takut. Arwah nyaie dulu pesan, buah nangka ke.. cempedak ke.. bila ada berbuah kena rajin bungkus dari awal. Kalau tak bungkus ok je cuma lebih baik bungkus la. Mungkin nak elak daripada disengat serangga la. Tapi memang ada beza. Buah yang dibungkus dengan buah yang tidak dibungkus. Kualitinya.
Awal-awal GIGIH BUNGKUS CEMPEDAK, hujung yang kita tidak tahu bagaimana nanti, daripada awal kena reda dan tawakal. Sebab memang daripada awal pun dah tahu risikonya apa. Buah je pun.. memang. Buah je pun. Tapi kalau sesiapa yang ada tanam pokok buah-buahan ke.. atau pokok perhiasan hidup sekalipun.. akan faham rasanya. Tak sama tau awak pergi kedai beli dengan awak tanam pokok tu daripada anak pokok sebesar ibu jari sampailah berbuah. Lain nikmatnya. Alhamdulillah.
NOTA PC : pokok pulasan kena serang tupai dan monyet
Tags:
Santai Peribadi
Kat kg hari tu tanya mak lang nape x balut buah cempedak banyak2 ni...dia kata malas...buat habuan beruk je...
BalasPadamMudah2an ada rezekinya nanti
BalasPadamantara buah yg abe kie suka makan...cuma dah tua ni x leh mkn byk sbb kandungan gula cempedak ni tinggi...
BalasPadamAgak2 monyet dgn lotong pandai tak buka baju cempedak tu?
BalasPadambuah cempedak sekarang harga mahal wo!
BalasPadammmg rezeki sgguh bila ada berbuah mcm ni hehe