HUJUNGNYA UNTAIAN DOA YANG DIDAMBA

HUJUNGNYA UNTAIAN DOA YANG DIDAMBA | MEMERHATI DAN BERFIKIR. Pujuk hati dan otak untuk sedar dan berubah. Adakala manusia berfikir tapi tidak memerhati. Adakala cuma memerhati tapi tidak berfikir. Boleh sahaja. Atas pertimbangan masing-masing juga. Cuma kalau boleh memerhati dan berfikir. Buat sekaligus. Untuk merangsang diri lebih baik dan lebih sedar.

Mahu disantuni dengan baik di akhirat, kerja keras di dunia. Apa sahaja kebaikkan yang dibuat untuk lindungi diri sendiri. Nak selamatkan diri sendiri. Tapi jangan sisihkan yang sudah tiada. Mereka pun perlu pertolongan daripada kita. Tak kiralah sebagai suami atau isteri. Ibu bapa. Anak. Beza alam, berlainan frekuensi bukan bermakna putus sudah semuanya. TIDAK!!

HUJUNGNYA UNTAIAN DOA YANG DIDAMBA
Kecil atau sedikit.. ikhlas paling perlu

Mencari dan dapat. Dapat dan bertambah. Bertambah dan digunakan. Gunakan untuk pelaburan dunia semata-mata atau dilaburkan untuk dunia dan akhirat juga.  Ada yang mudah dan ada yang sukar untuk didapatkan. Tapi kerana rasa "mahu" biasanya digagahi juga. Sanggup!.  Semangat!. Lelah, jatuh ditolak ke tepi. BANGKIT!!

Hingga satu titik, HUJUNGNYA UNTAIAN DOA YANG DIDAMBA oleh kita. Masih hidup kita perlu berdoa dan didoakan. Apatah lagi setelah kita kembali menghadapinya Ilahi nanti.  Lebih-lebih lagi mengharap untaian doa yang tidak henti-henti. Kalau sibuk kini atau nanti hingga akan datang selagi nafas berhembus. Nadi berdenyut. Jantung berdegup. Percayalah satu detik yang benar-benar bantu adalah doa walau cuma sedikit.

Walaupun sedikit sahaja, jika ramai yang ingat tentu ianya sangat-sangat membahagiakan. Sungguh!!. Amalan sendiri perlu untuk membantu. Doa-doa daripada orang lain juga diperlukan. Kita ketdil dan bukan sesiapa.

NOTA PC : senjata
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama