JAGA

JAGA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. JAGA NI bukan zaman dulu-dulu sahaja. Sekarang apatah lagi. Apa yang mahu dan perlu dijaga?. Banyak!. Kalau pendapat PC ya. Lain orang lain.

OTAK YANG BERAKAL. Semakin lama, semakin canggih. Semakin mudah akses sesuatu yang berinfo. Satu klik berderet semua dihujung jari. Di hadapan mata. Jangan kata orang muda atau anak kecil yang memang sudah berada dizamannya sekarang, orang-orang tua pun tidak kalah juga. Dah tu apa yang mesti dijaga pulak. Fikir betul-betul secara waras dan matang. Jangan terima bulat-bulat. 

HATI. Jaga hati. Ini susah pada pendapat PC. Sebabnya walaupun mulut kata tidak atau ya. Hati boleh je sebaliknya. Hati ni susah nak menipu. Kalau tak suka, memang tak sukalah. Kalau marah, memang marahlah. Walau bila ditanya LISAN/ MULUT tu selekoh sana sini mengelak dan sebagainya. Tapi tidak hati. Itulah yang sangat penting jaga hati. Bicara hati pun boleh jadi doa. Hati-hati la ya.

JAGA
KREDIT

TINGKAH LAKU. Sesantai apa pun kita ketika berada dalam pelbagai situasi, tetap juga jaga tingkah laku. Mungkin untuk penilaian orang, supaya orang tak pandang serongkan..  tapikan sebenarnya ia satu keperluan kendiri. Akhlak kita bagaimana. Sesetengan orang berpendapat, alah jangan ambil pusing sangat cakap-cakap orang ni. Buang masa. Buat sakit kepala. Betul. Tapi kena ingat juga, tak semua pendapat atau teguran  orang tu salah. Nilai. Pilih. Ikut. Amalkan. 

IMAN/TAQWA. Jaga akal, jaga hati, jaga tingkah laku.. ni paling penting yang akan lindungi semua di atas. Jaga iman(pengakuan dengan lidah pembenaran dengan hati dan mengamalkan dengan anggota badan)/taqwa(tunduk dan taat perintah Allah swt, jauhi segala laranganNYA. Jaga hubungan dengan Allah swt). Kalau yang lain cantik, bab ni kurang cantik pun akan bermasalah juga. BERMASALAH DUNIA. LEBIH-LEBIH LAGI MENJADI MASALAH DI SANA KELAK.

NOTA PC  : jaga, bukan menyebuk tau..
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama