KEMATIAN DAN APA ITU KHAIRAT KEMATIAN

KEMATIAN DAN APA ITU KHAIRAT KEMATIAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. SETIAP PERTEMUAN TENTU SAHAJA ADANYA PERPISAHAN. SETIAP YANG ALLAH SWT IZIN HIDUP. TIBA WAKTU YANG DIJANJIKAN TENTU SAHAJA BERAKHIR DENGAN KEMATIAN. Ya, pasti!.Tidak tercepat. Tidak terlewat. Tepat.


Tanggung rasa kesedihan yang amat mendalam. Bila berhadapan dengan episod kematian.. memang menyakitkan. Bukan fizikal. Tapi menanggung rasa beban yang mendalam. Emosi. Mental. Atau mungkin cuma PC sahaja rasa begini. Mungkin juga. Bukan kerana tak reda. Bukan kerana tak puas hati dengan qada qadar. Tidak ya. Kalau yang dah ada pengalaman tentu sahaja merasainya juga. Ini bukan isu reda. Bukan ya. Sekali lagi PC tegaskan. 

Mana-mana keluarga. Sesiapa pun bila berada di situasi sedih menghadapi perpisahan abadi, semua seharusnya sedia maklum. Cakna. Terutama orang sekeliling. Saudara mara terdekat. Suasana kesedihan dan kesusahan. Saat ini semuanya rapuh. Semuanya mudah pecah. Fikiran. Perasaan. Dalam kesedihan. Bantuan diperlukan. Tidak semua mampu mengurus urusan kematian dengan mudah dan lancar. Ingat.. semua ada kos yang perlu ditanggung. Hal ini tidak dapat dinafikan. 


Sumbangan kecil diperlukan. Pandai-pandailah dan faham-fahamlah yang masih hidup datang menziarah tu. Pernah dengar tak khairat kematian?.

Khairat Kematian 

Dalam Bahasa Arab, khairat adalah bermaksud kebajikan. Khairat kematian pula dalam bahasa mudahnya adalah wang yang dikumpulkan dalam suatu kawasan dan diberikan kepada keluarga yang menerima musibah kematian dalam bentuk wang ringgit untuk memudahkan urusan pengkebumian

Tidak menjadi masalah pada yang mampu atau sangat mampu. Tapi sedikit sukar pada yang menjalani hidup dalam kesederhanaan. Atau sekadar cukup-cukup sahaja. Dulu zaman PC kecil, selalu dengar tentang khairat kematian ni. Akan ada satu tabung khas atau seseorang yang amanah diberi kepercayaan untuk mengurus tabung khairat kematian mengikut kawasan tempat tinggal masing-masing. Bila sahaja ada kematian, peruntukan sedia ada diagihkan dengan kadar selayaknya. Sikit-sikit pun tetap membantukan. Alhamdulillah. 

NOTA PC  : bantuan kecil tetap bererti

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama