LUNTUR | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Hihi. PUDAR. LUNTUR. Kita lihat serba ringkas apa itu difinisi LUNTUR dalam beberapa sudut mengikut kesesuaian. PC rujuk kamus DEWAN. PC ringkaskan sahaja ya.
Definisi LUNTUR :
1. turun atau berubah warnanya (kain cat, dll)
2. berubah, bertukar (keyakinan, pendirian, keazaman, dsb)
3. hilang atau berkurang (kasih sayang dsb) 4. turun atau menjadi rendah (pangkat, darjat, dsb)
5. tidak mujarab lagi (mantera, jampi, dll)
WARNA. Warna memainkan peranan penting. Mempengaruhi emosi dan fikiran seseoran. Betul atau tidak?. Bagi PC berbalik pada pendapat masing-masing. Tapi kalau tanya PC, tidak banyak, sedikit warna mempengaruhi seseorang individu. Sebab itulah ada warna kegemaran. Warna tertentu dipilih dan dijadikan lambang atau simbolik yang penuh pengertian. Contoh mudah. Bendera. Betul tak. Setiap warnanya ada pengertiannya tersendiri. Warna baharu cantikkan. Tapi kalau warna yang sudah lama, sudah tertanggal atau pudar atau luntur tentu sahaja kurang menarik minak orang nak memandangnya. Tak gitu.
SEMANGAT. Fizikal gagah perkasa. Sihat walafiat. Sihat tubuh badan dalaman luaran itu nikmat dan rezeki yang Allah swt pinjamkan. Jangan lupa bersyukur. Penting ke ada semangat?. Penting. Kadangkala fizikal tidak berdaya, tapi kerana semangat yang berkobar-kobar sesuatu diluar jangkaan mampu dilakukan. Semangat mendorong. Apa akan jadi kalau semangat kita luntur. Salah satu contoh paling mudah. Bila seorang blogger semangatnya luntur. Hurmmmm, jangan kata bersawang blognya, silap-silap ada rayap senyap-senyap melenyap.
IMAN. Iman. Taqwa. Menjadi benteng dan landasan. Menjadi acuan juga untuk kita menjalani dan meneruskan kehidupan. Di dunia. Di akhirat tinggal kita mengharap hasil daripada rasa yakin hidup berTUHAN YANG MAHA ESA. Dua kalimah syahadah. Rukun Islam. Rukun iman. Al Quran. Sunah.. yang semua kita genggam erat semasa hayat di dunia. Bayangkan bila iman luntur. Hakikatnya telah banyak terjadi. Menakutkan!.
RASA. Bukan mudah untuk kita sentiasa boleh memelihara dan memulihara rasa. Hati manusia ini mudah rapuh. Atau mungkin hati atau perasaan PC sahajalah. Entah sudah berapa kali hati kita terluka. Tidak terhitung juga banyak parut yang ada. Memanglah tak terlihat pada mata. Memang. Tapi rasa pedihnya itu selalu akan terasa. Bayangkan jika rasa luntur. Runtuh juga segala yang ada. Segala tindakkan berdasarkan rasa. Ya. Bahaya andai rasa mulai luntur. Banyak perubahan akan terjadi. Banyak sangat-sangat. Menjadi hambar. Akan tawar. Usahakan rasa yang ada jangan luntur. Biar semakin menyinar menyerlah.
Luntur. Biar hal tidak baik yang luntur dan gugur daripada jasad dan rohani kita semua.
NOTA PC : jangan biar sangkaan baik padaNYA luntur sedikit demi sedikit
Tags:
Santai Peribadi
Banyak maksudnya ya PC..
BalasPadam