MARIGOLD

MARIGOLD | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. INI BUKAN REVIEW BERBAYAR. Panas terik. Alhamdulillah. Rasanya setiap kita sedia maklum dengan situasi cuaca sekarang ni. Kadang hujan lebat sepanjang hari. Tapi bila panas, memang panas terik sangat-sangat. Syukur.

Lapar biasanya orang masih boleh tahan dan bertahan. Berbanding rasa dahaga. Sebab itulah, bila bulan Ramadan, orang yang tewas bukan kerana makan tapi kerana tak tahan dahaga. Banyak minum boleh kurangkan rasa lapar. Tapi bila makan tak boleh hilangkan rasa dahaga. Makan tak minum boleh tercekik. Bahaya.

Panas. Tekak kering sentiasa. Minum air masak memang  mesti. Kena minum dua liter ke tiga liter sehari. Betul la tu. Tapi kena jugalah minum air manis. Cuma jangan keterlaluanlah. Stok air kotak ada atas meja. Memang beli beberapa dozen. Untuk sendiri dan untuk kalau ada tetamu sudi datang bertandang. Tinggal beli ais je. Keluarga PC tak kisah minum air kotak jenama apa pun. Okay je. Cuma yang selalu jadi pilihan Marigold. Dulu mama pun suka Marigold ni. 

Keluarga mertua pun suka juga. Ada masa tukar juga macam Yeos ke.. bila membeli tu tengok mana ada. Kalau rajin mencari, carilah kedai lain bila Marigold tak ada. Tapi kalau rasa suntuk waktu, ha apa yang ada boleh je laaa. Tetap minum je juga. Tak jadi masalah. Rasa semua. Rasa je. Tak salah mencuba. Dan rasa-rasa. Mana ngam dengan tekak, ulang beli. Untuk majlis ke. Untuk raya ke. Untuk sedekah ke. On.

Menjalani hidup ni Allah swt beri kita banyak pilihan. Allah swt beri kita otak berakal, iman, ilmu.. Pandai-pandailah memilih dan jangan terlajak taksub. Kalau taksub sangat-sangat pun bahaya juga. Boleh jadi toksik pada diri sendiri dan pada orang lain. Mana yang kita suka tapi salah dan tak baik pun tak boleh diteruskan juga. PC selalu suka pilih sederhana dalam hal apa pun. Harap istiqhomah. Aamiin.

NOTA PC  : berbahang sampai malam
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Cuya apa2 air kotak pon minum, sama mcm akk..benda manis, jarang orang tolak.. hehe

    BalasPadam
  2. saya & family pun suka air kotak Marigold & Yeos. tp yg nama lain pun telan juga hehe

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama