MEMIHAK

MEMIHAK | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. BUNTU. SITUASI BIASA yang mungkin akan dirasai atau dihadapi segelintir daripada kita-kita di mana pun berada. MEMIHAK. PILIH SALAH SATU. PILIH DUA-DUA. MEMIHAK.

BOLEH TAK PILIH SALAH SATU?. BOLEH!. BOLEH TAK PILIH DUA-DUA?. BOLEH!. Atau boleh tak pilih untuk tidak memilih. Boleh juga tapi fikirlah baik-baik. Memilih atau memihak ni ada kira-kiranya. Ada yang mesti dijawab di SANA kelak. Kalau tak memihak pun akan ditanya juga.

Memihak. MULAKAN dari dalam rumah dulu. Okay. Macam mana ya nak mula. Betul ke mula dari dalam rumah dulu. PC rasa apa-apa pun bermula dari rumah. Sebab didikan pertama dan awal pun dari alam rahim ibu kan.. kan. Seterusnya dari rumahlah. Ada ke pihak memihak ni. Ada. Sebab dalam keluarga pun ada kroni-kroni juga. Ngam tak ngam. Ngam gilerrrr. Nampak tak. Mesti akan timbul memihak sana. Memihak sini. Alah.. alah.. alah. Letih.

Anak memihak emak. Anak memihak bapaknya. Hurmmm. Berlaku ke?. Agak-agak berlaku ke tidak?. PC yakin situasi ini berlaku. Nanti adik memihak abang. Adik yang ini memihak kakak pulak. Ya dari dalam keluarga. Kemudia baharulah keluar ke masyarakat. Kalau awal-awal kurang sepakat, ke masyarakat boleh jadi celaru. Acuannya tentukan bentunya seperti apa. 

Memihak hak kita. Tidak salah pun mahu memihak. Tapi tapis dulu. Kadang kita rasa betul, rupanya cuma rasa sahaja. Lagi sedihhh bila rupa-rupaya kita sorang yang rasa betul. Parah. Betul, memihaklah. Kalau tak betul, janganlah memihak. Sokong pun berpada-pada. Tak kiralah dalam keluarga ke. Dalam masyarakat ke. Landasannya sama. Salah tetap salah. Betul tetap betul. Bila ada KERAGUAN, siasat. Bincang elok-elok. Gitulah seterusnya.

NOTA PC  : neutral 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama